Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, November 7, 2017

PROGRAM LAWATAN PRASEKOLAH 2017


Program Lawatan Prasekolah merupakan suatu program pembelajaran di luar bilik darjah yang memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid prasekolah. Pada tahun 2017, Prasekolah SK Bukit Tampoi (A) telah menganjurkan lawatan ke Goh Tong Jaya yang terletak di Genting Highland, Pahang Darul Makmur pada 1 November 2017 (Rabu).


Seramai 25 orang murid prasekolah yang diiringi oleh 6 orang guru. Turut sama dalam lawatan ini adalah ibu bapa murid dan adik-beradik terdekat. Lawatan ini dikendalikan oleh Wira Travel Agency Sdn. Bhd. 


Tempat-tempat yang dikunjungi adalah Cocoa Boutique, Genting Strawberry Park dan Happy Bee Farm. Tempat pertama yang kami singgah ialah di Cocoa Boutique yang merupakan sebuah kedai membuat coklat buatan sendiri (hand made). Di dalamnya terdapat sebuah galeri coklat dan tempat membuat coklat untuk tontonan pelawat.


Tempat kedua yang kami singgah ialah di Genting Strawberry Farm. Di sana kami dapat melihat pokok-pokok strawberry yang tumbuh subur di atas para yang tersusun rapi. Kami diberi peluang untuk memetik buah strawberry yang telah ranum dengan bayaran yang berpatutan.


Selain daripada itu, terdapat juga taman bunga lavender di bahagian atas Strawberry Park. Di dalam taman tersebut terdapat sebuah kedai yang menjual cenderamata seperti anak patung, minyak wangi, pewangi bilik dan kereta.


Tempat terakhir yang kami kunjungi adalah di Happy Bee Farm. Pemandangan di sana sungguh cantik dan menakjubkan kerana dari sana kami dapat melihat Taman Tema Genting Highland dengan jelas walaupun terletak jauh di puncak.


Ini merupakan pengalaman yang sungguh indah kepada kami. Selain daripada belajar di dalam bilik darjah pembelajaran di luar bilik darjah amat berlainan. Murid didedahkan dengan pelbagai situasi dan keadaan yang sebenar sebagai pengalaman kepada murid yang dapat merasainya.

No comments:

Post a Comment