Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, March 26, 2021

PROGRAM HARI NILAM SELANGOR (HaNIS) TAHUN 2021

Pelancaran Program Hari Nilam Selangor (HaNIS) 2021 di peringkat sekolah telah dilaksanakan pada 19 Mac 2021 (Jumaat). Program yang dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) dijalankan dengan membaca pelbagai jenis buku selama 30 minit di dalam kelas masing-masing.

Program ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua guru dan murid dengan mengambil bahagian secara aktif bagi menjayakan program ini. Selain daripada itu, guru-guru dan murid-murid digalakkan untuk mengisi maklumat bahan bacaan ke dalam buku NILAM sebagai bukti pembacaan.

Jumlah buku yang telah dibaca akan diambilkira untuk pertandingan Anugerah NILAM di sekolah. Semoga warga SK Bukit Tampoi (A) dapat menyemarakkan lagi budaya membaca agar dapat dijadikan amalan hidup seharian.

Wednesday, March 10, 2021

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2021


Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2021 telah dilaksanakan pada 9 Mac 2021 (Selasa) bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.30 petang. Ia dijalankan di dalam kelas anak masing-masing dengan menggunakan sistem kupon. Kemasukan ibu bapa dihadkan kepada 20 orang sahaja pada satu-satu masa. Ini dilakukan untuk menjaga penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Bantuan ini merupakan bantuan one-off kepada murid yang pendapatan keluarganya kurang daripada RM3000 sebulan. Setiap murid yang layak akan merima RM100 secara tunai. Ia diberikan untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga untuk membeli kelengkapan dan peralatan persekolahan murid.

Perjalanan penyerahan bantuan ini berjalan dengan lancar. Semoga bantuan ini dapat dimanfaat untuk tujuan pembelajaran anak masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah di sepanjang penyerahan ini.

PEMBUKAAN SEKOLAH TAHUN 3, 4, 5 DAN 6 SESI PERSEKOLAHAN 2021

Wednesday, March 3, 2021

PEMANTAUAN SOP & KESELAMATAN SEKOLAH 2021

Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Keselamatan telah dilakukan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Kassim bin Mohd Ibrahim (Timbalan Pengarah Kanan - Kluster Khidmat Latihan) dan Tuan Haji Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab. Rahman (Ketua Pusat) dari Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek, Nilai.

Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan pelaksanaan pembukaan sekolah telah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hasil pemantauan yang telah dilakukan mendapati pihak sekolah telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan mengambil suhu murid sebelum memasuki kawasan sekolah dengan memakai penutup separuh muka dan mengamalkan penjarakan sosial di dalam bilik darjah dan ketika berada di kawasan sekolah.