Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, August 10, 2022

PROGRAM LAWATAN SEKOLAH BIMBINGAN LESSON STUDIES (WALS) 2022 - HARI PERTAMA

Program Lawatan Sekolah Bimbingan Lesson Studies (WALS) 2022 telah diadakan di SK Bukit Tampoi (A) selama 2 hari. Program ini bermula dari 10 dan 11 Ogos 2022 yang telah dihadiri oleh 62 orang pemerhati dari Malaysia dan Indonesia.

Pemerhati dari Malaysia terdiri daripada Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Matrikulasi Selangor, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, PPD Sepang, PPD Seremban, SM Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam, Seksyen 17, SK Presint 5(1) Putrajaya dan SK Bukit Tampoi (A), Dengkil.

Manakala pemerhati dari Indonesia terdiri daripada Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), SD Islam Terpadu Nur Al Rahman dan SMP Negeri 1 Cimahi. Delegasi dari Indonesia ini diterbangkan khas untuk turut serta dalam Program Lesson Studies WALS ini.

Pada hari pertama iaitu pada 10 Ogos 2022 (Selasa), para pemerhati ditempatkan di makmal sains SK Bukit Tampoi (A) untuk majlis perasmian dan suai kenal. Seterusnya para peserta diberi penerangan daripada Dr. Arif Hidayat dari Universitas Pendidikan Indonesia. Beliau telah membincangkan berkaitan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) guru model. Para peserta turut serta secara langsung dalam perbincangan tersebut.

Hasilnya, pelbagai idea dicapahkan untuk disesuaikan ke dalam RPH guru model. Guru model pula diberi kebebasan untuk memilih idea yang difikirkan sesuai untuk digunakan dalam PdP bagi anak murid di sekolah ini. Setelah selesai, para peserta mengambil peluang untuk bergambar kenangan di SK Bukit Tampoi (A) sambil melihat persekitaran sekolah. Semoga semuanya berjalan lancar buat hari esok. #jomstings #jombantu

Tuesday, August 9, 2022

PEMBERIAN BANTUAN KWAPM 2022

 
Pemberian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin telah dilaksanakan pada 9 Ogos 2022 (Selasa) di makmal Sains, SK Bukit Tampoi (A). Seramai 65 orang murid telah berjaya menerima bantuan tersebut. Wang berjumlah RM100 seorang murid itu telah diserahkan kepada ibu bapa yang hadir untuk tujuan tersebut.

Walau bagaimanapun, bukan semua murid bernasib baik untuk mendapatkan bantuan tersebut kerana mereka perlu dinilai dari segi pendapatan isi rumah dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikategorikan sebagai miskin tegar atau miskin.

Pihak sekolah berharap agar bantuan yangn diberikan dapat membantu keluarga untuk membeli peralatan persekolahan anak masing-masing sekaligus dapat meringankan beban keluarga terutamanya golongan B40.

#jombantu #jomstings

Monday, August 8, 2022

WORLD ASSOCIATION OF LESSON STUDIES (WALS) 2022

 

KUNJUNG BANTU PEMERKASAAN KEHADIRAN MURID ORANG ASLI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH TAHUN 2022


Kunjung Bantu Pemerkasaan Kehadiran Murid Orang Asli Dan Kepimpinan Sekolah Tahun 2022 telah dilaksanakan oleh En. Shaiful Kahar bin Ahmad (Pegawai JPN Selangor) dan En. Rosli bin Ahmad (PPD Sepang). Tujuan pemantauan adalah untuk meninjau tahap kehadiran murid Orang Asli ke sekolah dan amalan terbaik yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid.

Hasil kunjung bantu mendapati aktiviti senamrobik di sekolah membentuk iklim sekolah yang positif dengan persekitaran yang bersih. Selain daripada itu, sekolah ini juga telah melaksanakan projek aquaponik yang diusahakan oleh murid-murid di sekolah ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah kerana sudi membantu sekolah untuk meningkatkan kualiti sekolah agar dapat menarik kehadiran murid ke sekolah.