Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, June 29, 2021

PDPR 3.0

 

Assalammualaikum & Salam Sejahtera 

Ingatan mesra utk semua cikgu :

1. Isi pelaporan di link yg diberikan ( https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfAQRFyiqSU35VtzwCJYP3osZyVpz2EyzRU-D-dmKTN4Namqw/viewform )

2. Buka dan isi dgn menggunakan id moe-dl guru. Pelaporan yg diiisi menggunakan id murid akan dipadamkan dari pengkalan data.

3. Sila taip nama dgn huruf besar .

4. Sila klik pd kod sekolah & nama sekolah yang betul 

5. Pelaporan perlu di isi sebelum pukul 6:00 petang setiap hari. ( Selepas pukul 6:00 petang, data tidak akan dikira ).

6. Bagi pelaporan pdpr yg menggunakan id murid, pelaporan akan dipadamkan dr pengkalan data semasa proses pembersihan. Hanya id guru ( g-12445678) sahaja yg diterima. Guru yg belum menerima id boleh menggunakan id temporary yg diberi kpd setiap sekolah.

Kerjasama cikgu² amat kami hargai 🤗

Tuesday, April 27, 2021

PEMBERITAHUAN CUTI NUZUL AL-QURAN DAN HARI NENEK MOYANG SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2021

 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Pihak sekolah ingin memaklumkan tentang cuti Nuzul Al-Quran dan Hari Nenek Moyang bagi SK Bukit Tampoi (A) pada tahun 2021. Butiran lanjut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut : -

Bil

Tarikh

Peristiwa

Jenis Cuti

1.

29 April 2021 (Khamis)

Nuzul A-Quran

Cuti Umum

2.

30 April 2021 (Jumaat)

Hari Nenek Moyang

Cuti Peristiwa

Sekian, terima kasih.Sekolah akan dibuka semula pada 3 Mei 2021 (Isnin). Sehubungan dengan itu, murid-murid boleh hadir semula ke sekolah pada tarikh tersebut. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Monday, April 26, 2021

PROGRAM IMUNISASI MURID TAHUN 1 (2021)


Program Imunisasi bagi murid Tahun 1 sesi persekolahan 2021 telah dijalankan di SK Bukit Tampoi (A) oleh kakitangan perubatan dari PKD Salak. Seramai 8 orang murid yang hadir telah diberikan suntikan. Malangnya sebilangan besar daripada murid Tahun 1 tidak hadir ke sekolah. Oleh yang demikian, program ini akan dijalankan buat kali kedua atau terus pergi ke rumah murid-murid tersebut untuk diberikan imunisasi. Program imunisasi ini diberikan percuma oleh kerajaan Malaysia kepada semua warganegara Malaysia. 

Thursday, April 15, 2021

SUMBANGAN TOPENG PENUTUP SEPARUH MUKA (MASK) OLEH KELAB ARISTON 2021


Pandemik Covid-19 masih sedang berleluasa di Malaysia. Kerajaan telah mewajibkan pemakaian penutup separuh muka (mask) untuk mengelak penularan penyakit tersebut daripada merebak. Justeru itu, pihak sekolah amat memerlukan sumbangan topeng penutup separuh muka untuk diberikan kepada murid-murid di sekolah ini.

Maka, tampil Kelab Ariston daripada University Heriot Watt menyumbang 150 kotak topeng penutup separuh muka dan 2 tong ubat pencegah kuman (sanitizer) kepada semua murid di sekolah ini. Kelab ini telah menjalinkan kerjasama yang sangat utuh dengan SK Bukit Tampoi (A) sejak beberapa tahun yang lepas. Oleh kerana mereka tidak dapat menjalankan aktiviti di sekolah ini buat masa sekarang, mereka telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk keperluan murid.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Guru Besar dan GPK Hal Ehwal Murid. Walau bagaimanapun, sumbangan ini tidak dapat disampaikan oleh ahli Kelab Ariston demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan. Sumbangan telah diagihkan kepada semua murid melalui Unit Kesihatan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kelab Ariston di atas sumbangan ikhlas yang telah disumbangkan kepada sekolah kami. Sumbangan ini amat bermakna bagi murid-murid di sekolah ini yang amat memerlukan topeng penutup separuh muka untuk kegunaan harian mereka. Semoga kerjasama yang erak ini dapat dipanjangkan lagi selepas pandemik ini berakhir.

Wednesday, April 14, 2021

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS DAN SPBT TAHUN 2021

 


Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pengawas SPBT telah diadakan secara simbolik sahaja demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yeng telah di tetapkan oleh KPM dan MKN. Seramai 17 orang Pengawas Sekolah, 13 orang Pengawas PSS dan 10 orang Pengawas SPBT telah dilantik secara rasminya. Sijil Watikah Pelantikan Pengawas bagi tahun 2021 telah disampaikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A).

Pada majlis yang sama, Guru Besar telah menyampaikan amanat kepada semua pengawas yang dilantik agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan menjaga disiplin diri supaya menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Mereka merupakan tulang belakang guru-guru di sekolah bagi memastikan displin murid lain sentiasa dijaga dan terkawal.

Kemudian, mereka semua telah melaungkan ikrar untuk sentiasa menjaga disiplin, mematuhi peraturan sekolah dan membantu guru-guru untuk mengawal sekolah supaya sentiasa selamat dan terkawal pada setiap masa. Ikrar pengawas telah disampaikan oleh adik Zarrisya iaitu Ketua Pengawas Sekolah bagi tahun 2021. Manakala Penolong Pengawas Sekolah ialah adik Siti Ariana. Ketua Pengawas PSS pula disandang oleh adik Airy Ezairy dan dibantu oleh adik Siti Az-Zahra. Manakala Ketua Pengawas SPBT disandang oleh adik Muaz dan dibantu oleh adik Nasyalia.

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah dilantik. Semoga dengan pelantikan ini memberi semangat kepada mereka untuk memikul tanggungjawab yang telah diberikan dengan amanah dan bertanggungjawab.