Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, April 15, 2021

SUMBANGAN TOPENG PENUTUP SEPARUH MUKA (MASK) OLEH KELAB ARISTON 2021


Pandemik Covid-19 masih sedang berleluasa di Malaysia. Kerajaan telah mewajibkan pemakaian penutup separuh muka (mask) untuk mengelak penularan penyakit tersebut daripada merebak. Justeru itu, pihak sekolah amat memerlukan sumbangan topeng penutup separuh muka untuk diberikan kepada murid-murid di sekolah ini.

Maka, tampil Kelab Ariston daripada University Heriot Watt menyumbang 150 kotak topeng penutup separuh muka dan 2 tong ubat pencegah kuman (sanitizer) kepada semua murid di sekolah ini. Kelab ini telah menjalinkan kerjasama yang sangat utuh dengan SK Bukit Tampoi (A) sejak beberapa tahun yang lepas. Oleh kerana mereka tidak dapat menjalankan aktiviti di sekolah ini buat masa sekarang, mereka telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk keperluan murid.

Sumbangan tersebut telah diterima oleh Guru Besar dan GPK Hal Ehwal Murid. Walau bagaimanapun, sumbangan ini tidak dapat disampaikan oleh ahli Kelab Ariston demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah digariskan. Sumbangan telah diagihkan kepada semua murid melalui Unit Kesihatan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kelab Ariston di atas sumbangan ikhlas yang telah disumbangkan kepada sekolah kami. Sumbangan ini amat bermakna bagi murid-murid di sekolah ini yang amat memerlukan topeng penutup separuh muka untuk kegunaan harian mereka. Semoga kerjasama yang erak ini dapat dipanjangkan lagi selepas pandemik ini berakhir.

No comments:

Post a Comment