Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, April 13, 2021

LAWATAN KETUA PEGAWAI PPD SEPANG TAHUN 2021


Pada 8 April 2021 (Khamis), En. Ishak bin Abdullah iaitu Ketua Pegawai PPD Sepang telah melakukan lawatan mengejut ke SK Bukit Tampoi (A). Beliau telah diiringi oleh En. Zabidi (Penolong Pegawai PPD Sepang). Tujuan kedatangan beliau adalah untuk melihat keadaan sekolah dari segi prasarana dan pembelajaran di bilik darjah bagi mengenal pasti keperluan yang perlu ditambahbaik di sekolah ini.

Pn. Siti Saadah selaku Guru Besar SK Bukit Tampoi (A) telah berbesar hati untuk mengiringi Ketua Pegawai PPD Sepang untuk melihat keadaan sekitar sekolah. Beliau amat tertarik dengan lanskap sekolah yang begitu ceria dan mempersonakan dengan hiasan bunga-bungaan dengan menggunakan bahan kitar semula.

Hasil lawatan, beliau amat berpuas hati dengan pengurusan bilik darjah dan keceriaan sekolah. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pegawai PPD Sepang kerana sudi datang ke sekolah kami dan mengmbil berat akan masalah yang dihadapi di sekolah ini. Kami akan berikan yang terbaik untuk memajukan lagi sekolah ini pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment