Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, April 13, 2021

PROGRAM IHYA' RAMADAN 2021


Program Ihya' Ramadan telah kembali dengan kembalinya bulan Ramadan Al-Mubarak. Program ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Majlis perasmian ringkas telah diadakan bagi menandakan pelancaran program ini yang telah dirasmikan oleh En. Azman Shah bin Mohd Yunus (PK Pentadbiran).

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang akan dilaksanakan sepanjang bulan puasa ini untuk murid-murid yang beragama Islam. Bagi murid Orang Asli yang beragama Islam, mereka akan berzikir pada waktu rehat untuk mengisi masa terluang dengan perkara yang berfaedah.

Semoga dengan pelancaran program ini dapat mendidik murid-murid ini untuk menghargai bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan kemurahan pahala di mana di buka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu negara serta diikat semua syaitan bagi membolehkan umat Islam berpuasa dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment