Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, April 14, 2021

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PSS DAN SPBT TAHUN 2021

 


Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Pengawas SPBT telah diadakan secara simbolik sahaja demi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yeng telah di tetapkan oleh KPM dan MKN. Seramai 17 orang Pengawas Sekolah, 13 orang Pengawas PSS dan 10 orang Pengawas SPBT telah dilantik secara rasminya. Sijil Watikah Pelantikan Pengawas bagi tahun 2021 telah disampaikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim, Guru Besar SK Bukit Tampoi (A).

Pada majlis yang sama, Guru Besar telah menyampaikan amanat kepada semua pengawas yang dilantik agar sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan menjaga disiplin diri supaya menjadi contoh kepada murid-murid yang lain. Mereka merupakan tulang belakang guru-guru di sekolah bagi memastikan displin murid lain sentiasa dijaga dan terkawal.

Kemudian, mereka semua telah melaungkan ikrar untuk sentiasa menjaga disiplin, mematuhi peraturan sekolah dan membantu guru-guru untuk mengawal sekolah supaya sentiasa selamat dan terkawal pada setiap masa. Ikrar pengawas telah disampaikan oleh adik Zarrisya iaitu Ketua Pengawas Sekolah bagi tahun 2021. Manakala Penolong Pengawas Sekolah ialah adik Siti Ariana. Ketua Pengawas PSS pula disandang oleh adik Airy Ezairy dan dibantu oleh adik Siti Az-Zahra. Manakala Ketua Pengawas SPBT disandang oleh adik Muaz dan dibantu oleh adik Nasyalia.

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah dilantik. Semoga dengan pelantikan ini memberi semangat kepada mereka untuk memikul tanggungjawab yang telah diberikan dengan amanah dan bertanggungjawab. 

No comments:

Post a Comment