Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, April 13, 2021

PROGRAM SLAMAT AIK JADIK SIRI 1 TAHUN 2021


Program Slamat Aik Jadik Siri 1 Tahun 2021 telah diadakan pada 9 April 2021 (Jumaat) di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Program ini diadakan bagi meraikan hari kelahiran murid-murid di sekolah ini. Siri pertama ini dikhususkan buat murid-murid yang menyambut hari kelahiran dari bulan Januari hingga Jun.

Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kepada semua murid yang meraikan hari kelahiran masing-masing. Kami mendoakan agar anda semua sihat sejahtera dan ceria selalu.

Program ini telah berjaya menarik kehadiran murid datang ke sekolah kerana mereka berasa dihargai dengan diraikan dengan pemberian kek buat mereka. Dengan minat yang ditunjukkan oleh murid-murid ini, program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment