Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, April 11, 2023

FOOD BUSKET BAROKAH JUMAAT 2023

 

Bulan Ramadan adalah bulan umat Islam menambahkan amalan. Selain daripada amalan berpuasa, kita digalakkan untuk menambahkan amal ibadat dengan membaca Al-Quran, berzikir dan bersedekah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana SK Bukit Tampoi (A) telah menerima sumbangan bakul Ramadan pada tahun ini.

Sumbangan bakul Ramadan pada tahun ini telah disumbangkan oleh komuniti Barokah Jumaat melalui Cik Mazuin dan En. Khairul. Sumbangan berupa barangan keperluan harian untuk anak-anak SK Bukit Tampoi (A) yang beragama Islam seramai 37 orang. Barangan harian seperti beras, minyak masak, tepung, mihun, milo, gula, kopi, teh dan pelbagai barangan lain lagi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada komuniti Barokah Jumaat yang sudi menghulurkan sumbangan bakul Ramadan kepada anak-anak SK Bukit Tampoi (A). Semoga Allah murahkan rezeki kalian daripada rezeki yang halal lagi berkat. Sumbangan ini akan diserahkan kepada ibu bapa atau wakil keluarga pada 11 April 2023 (Selasa). Kami berharap dengan bantuan bakul Ramadan ini dapat meringankan sedikit beban keluarga semasa bulan Ramadan ini.


(En. Khairul Barokah Jumaat)



Monday, April 3, 2023

PROGRAM DOKTOR MUDA 2023

 

Program Doktor Muda telah diadakan pada 31 Mac 2023 (Jumaat) di Bilik Komputer, SK Bukit Tampoi (A). Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan daerah (PKD) dengan mengadakan ceramah tentang aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh murid-murid khususnya Kelab Doktor Muda. Terima kasih diucapkan kepada pegawai perubatan yang terlibat dalam memberikan penerangan tanggungjawab ahli Kelab Doktor Muda sekolah. Semoga ilmu yang diberikan dapat membantu ketika dalam kecemasan.
 

PROGRAM PENJAGAAN KESIHATAN GIGI PRASEKOLAH TUNAS MURNI 2023

 

Program Penjagaan Kesihatan Gigi telah diadakan di Prasekolah Tunas Murni, SK Bukit Tampoi (A). Program ini telah dilaksanakan pada 31 Mac 2023 (Jumaat). Seramai 14 orang murid prasekolah telah terlibat secara langsung dalam program ini.

Program merupakan program kerjasama di antara Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan SK Bukit Tampoi (A). Beberapa orang orang jururawat telah datang ke sekolah untuk memberikan ceramah tentang penjagaan gigi yang betul dan sihat.

Selain daripada ceramah, jururawat juga memberikan tunjuk ajar cara yang betul untuk memberus gigi dengan betul. Murid--murid prasekolah berasa amat teruja kerana dapat berjumpa dengan jururawat yang telah memberikan tunjuk ajar yang berguna kepada mereka.

Friday, March 31, 2023

AKTIVITI ELTC DI PRASEKOLAH TUNAS MURNI

 







PELANCARAN IHYA' RAMADAN 2023

 





Pelancaran Ihya' Ramadan telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam pada hari Isnin bertarikh 27 Mac 2023. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Noresah binti Sapari, GPK Pentadbiran SK Bukit Tampoi (A).