Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, August 6, 2016

SUMBANGAN MAHB DI SEKOLAH


Malaysia Airline Holding Berhad (MAHB) telah menghantar dua orang pegawai mereka ke sekolah pada 5 Ogos 2016 (Jumaat) untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak asnaf yang tidak dapat hadir pada Majlis Rumah Terbuka MAHB yang telah diadakan di Hotel Sama-sama sebelum ini.


Pn. Diana (pegawai MAHB) telah berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan yang berupa sebuah hamper dan sumbangan duit raya kepada anak-anak asnaf sekolah ini. Ribuan terima kasih kepada MAHB kerana sudi untuk memberi sumbangan kepada anak-anak asnaf di sekolah kami. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga mereka bergembira di hari raya.

No comments:

Post a Comment