Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, August 3, 2016

PROGRAM LAWATAN KHIDMAT MASYARAKAT PKPGB UIAM SESI 2013-2016

Lawatan sambil belajar oleh pelajar-pelajar Program Kursus Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) seramai lima orang telah datang bertandang ke SK Bukit Tampoi (A) untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid Orang Asli.


Di samping itu, turut melihat persekitaran sekolah dan kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah ini. Mereka terdiri daripada guru besar-guru besar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan sebagai pentadbir sekolah yang diketuai oleh En. Mohd. Rahman bin Rabingan iaitu Guru Besar SK Bukit Tampoi (A) sendiri.

No comments:

Post a Comment