Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, August 9, 2016

PEMANTAUAN SUSULAN KURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR 2016


Pemantauan susulan oleh Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Selangor telah dijalankan pada 8 Ogos 2016 (Isnin) berpusat di Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Bukit Tampoi (A). Pemantauan kali ini lebih berfokus kepada penambahbaikan daripada hasil pemantauan sebelum ini. Pada kali ini, pemantauan dijalankan serentak dengan pemantauan Saringan LINUS 2.0 Tahun 2016 oleh pihak JPN Selangor dan PPD Sepang. 


Hasil daripada pemantauan tersebut, SK Bukit Tampoi (A) telah berjaya melepasi tahap minimum yang ditetapkan oleh pihak jabatan. Namun begitu, pihak sekolah perlu meningkatkan lagi usaha untuk mencapai tahap baik sekurang-kurangnya pada masa hadapan. Pemantauan pada masa akan datang akan dikendalikan oleh PPD Sepang pula. 


Sekalung terima kasih kepada pihak JPN Selangor dan PPD Sepang kerana sudi datang membantu pihak sekolah untuk menambahbaik mutu pengurusan kurikulum khususnya dan mutu sekolah amnya. Semoga dengan pemantauan ini akan meningkatkan motivasi para pentadbir, guru-guru dan dan staf sokongan dalam memberikan prestasi terbaik demi membangunkan modal insan yang cemerlang pada masa akan datang.  


Ribuan terima kasih juga harus diberikan kepada semua pentadbir dan guru SK Bukit Tampoi (A) kerana berjaya memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh pihak jabatan. Mereka telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan segala keperluan yang perlu ada mengikut intsrumen pemantauan yang digariskan oleh pihak jabatan. Syukur kepada Ilahi kerana segala jerih payah selama hari ini berbaloi untuk dikecapi oleh kami semua.

No comments:

Post a Comment