Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, August 11, 2016

INSPIRASI YAPEIM 2016


Inspirasi YaPEIM adalah satu aktiviti kemasyarakatan YaPEIM kepada komuniti terutamanya dalam bidang pendidikan. Mereka telah menganjurkan Bengkel Menjawab Soalan Bahasa Inggeris UPSR 2016 untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah-sekolah terpilih. Program ini dijalankan di SK Kota Warisan pada 6 Ogos 2016 dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.


Seramai empat orang murid SK Bukit Tampoi (A) telah dpelawa untuk menyertai bengkel tersebut. Mereka turut diiringi oleh Pn. Nurmala iaitu guru Bahasa Inggeris Tahun 6. Penceramah yang diundang ialah Pn. Mariatul Kibtiah bt. Ismail (guru Tahun 6 SK Kota Warisan) selaku jurulatih utama daerah Sepang.

Dalam bengkel tersebut murid-murid diberi pendedahan kepada teknik-teknik menjawab soalan pemahaman dan penulisan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Semoga dengan mengikuti bengkel ini, mereka dapat memberi impak kepada pencapaian mereka dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 kelak.

No comments:

Post a Comment