Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, August 11, 2016

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN PENDENGARAN DAN PERTUTURAN 2016


Staf Hospital Putrajaya & Staf SK Bukit Tampoi (A)


Unit Audiologi & Terapi Pertuturan Jabatan ORI, Hospital Putrajaya dengan kerjasama Unit Kesihatan, SK Bukit Tampoi (A) telah menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Pendengaran dan Pertuturan pada 11 Ogos 2016 (Khamis). Program tersebut bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. 


Guru-guru SK Bukit Tampoi (A)


Senamrobik

Objektif program adalah untuk memberi informasi dan sokongan kepada ibu bapa atau penjaga dan guru-guru sekolah tentang kepentingan pertuturan dan pendengaran, memberi informasi dan pendedahan tentang penjagaan telinga kepada para pelajar, guru-guru dan ibu bapa atau penjaga dan meningkatkan taraf perkhidmatan Audiologi dan Terapi Pertuturan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti yang berterusan.


Sukaneka


Mewarna Poster

Seramai 18 orang petugas Hospital Putrajaya telah datang untuk membuat pemeriksaan secara percuma kepada sebilangan murid SK Bukit Tampoi (A) dan dalam masa yang sama turut menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik. Di antara aktiviti yang diadakan adalah seperti senamrobik, sukaneka, kuiz dan mewarna.


Pemeriksaan Pendengaran


Isi Borang


Pemeriksaan Pendengaran


Murid beratur mendapatkan makanan


Jamuan Makan Staf Hospital Putrajaya


Jamuan Makan Guru SK Bukit Tampoi (A)

Di akhir program pihak hospital telah menyediakan hadiah kepada para pemenang bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan. Hadiah disampaikan oleh En. Azman Shah (GPK Pentadbiran) dan En. Mohd. Fadzli (GPK Kokurikulum). Terima kasih kepada Unit Audiologi & Terapi Pertuturan Jabatan ORI, Hospital Putrajaya kerana sudi datang memberikan pendedahan dan maklumat yang amat penting demi kesihatan anak- anak Orang Asli di sini.


Ceramah Kesihatan


Ucapan Perasmian Penutupan Program



Penyampaian Hadiah oleh GPK 1


Penyampaian Hadiah oleh GPK Kokurikulum


Penyampaian Penghargaan kepada Murid


Penyampaian Penghargaan kepada Guru-guru


Penyampaian Sijil Penghargaan oleh Hospital Putrajaya


Penyampaian Sijil Penghargaan oleh SK Bukit Tampoi (A)


Bergambar kenangan bersama

No comments:

Post a Comment