Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, August 14, 2018

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA KELAB SUKARELAWAN IPG KAMPUS ISLAM, BANGI

Program Gotong-royong bersama Kelab Sukarelawan daripada IPG Kampus Islam, Bangi telah diadakan pada 11 Ogos 2018 (Sabtu) di SK Bukit Tampoi (A). Seramai 2 orang pensyarah dan 40 orang penuntut dari IPG Kampus Islam telah sudi datang dan bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah.

Fokus utama program adalah untuk membantu warga sekolah dalam usaha membersihkan kawasan sekolah yang sedang dalam proses menaiktaraf kemudahan prasarana sekolah ke arah yang lebih selamat, kondusif dan ceria.

Selain daripada tenaga kerja, pihak IPG juga turut membantu dalam menyumbangkan 3 tong cat kepada pihak sekolah. Cat ini telah digunakan untuk mengindahkan bilik guru dan bilik mesyuarat yang sedang dinaiktaraf daripada bilik darjah biasa.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah, penuntut IPG Kampus Islam, Bangi kerana sudi membantu pihak sekolah menaiktaraf bilik-bilik khas terutamanya bilik guru dan bilik mesyuarat.

Semoga dengan bantuan ini dapat menyediakan kemudahan prasarana yang lebih kondusif kepada para guru. Selain daripada itu, persekitaran sekolah seperti gelanggang sepak takraw, taman prasekolah dan kawasan belakang blok pentadbiran lebih selamat dan kemas.





No comments:

Post a Comment