Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, February 18, 2019

MAJLIS PEMAUAFAKATAN KPM DAN PDRM : PROGRAM JOM KE SEKOLAH


Majlis Pemuafakatan KPM dan PDRM di dalam Program Jom Ke Sekolah 2019 telah diadakan pada perhimpunan rasmi sekolah iaitu pada 18 Februari 2019 (Isnin) yang bertempat di gelanggang sepak takraw sekolah. Pada majlis tersebut seramai tiga orang wakil PDRM dari Balai Polis Dengkil telah hadir. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Koperal Andalus yang turut dihadiri oleh Koperal Hairul dan Prebet Faizal.

Pada majlis tersebut, perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia telah dibacakan oleh Guru Besar, manakala perutusan daripada Ketua Polis Negara telah dibacakan oleh Koperal Andalusia. Sejurus selepas itu, para tetamu telah dijemput untuk merasmikan Papan Kenyataan PPS.

Program Jom Ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Oleh itu, menerusi program ini, diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin seperti yang dinyatakan dalam Pekekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 bahawa semua guru adalah guru disiplin.



Perutusan Menteri Pendidikan Malaysia


Perutusan Ketua Polis Negara




Perasmian Papan Kenyataan PPS





No comments:

Post a Comment