Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, February 25, 2019

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT KELAB ARISTON, UNIVERSITI HERIOT WATT 2019


Program Khidmat Masyarakat telah diadakan pada 23 Februari 2019 (Sabtu) oleh Kelab Ariston dari universiti Heriot Watt yang terletak di Cyberjaya. Seramai 10 orang pelajar yang diketuai oleh Nur Amani.

Khidmat masyarakat yang mereka jalankan adalah membantu pihak sekolah mengemas dan menyusun semula peralatan di dalam 3 bilik khas. Bilik-bilik khas yang terlibat adalah Bilik RBT, Bilik Kesihatan dan Stor Sukan. Selain daripada itu, guru-guru SK Bukit Tampoi (A) tidak melepaskan peluang ini untuk bekerjasama dengan mereka.

Pada akhir program mereka sempat meluangkan masa untuk mengecat Bilik Muzik. Semua peralatan untuk mengecat bilik teersebut telah disediakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah turut menyediakan jamuan ringan sebagai menghargai dan membalas jasa baik mereka kepada sekolah.

Semoga dengan jalinan kerjasama dengan pihak Universiti Heriot Watt amnya dan Kelab Ariston khususnya dapat membina satu hubungan yang berpanjangan. Kami pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tenaga dan keringat dalam membantu pihak sekolah menceriakan semula sekolah terutamanya bilik-bilik sekolah kami.









No comments:

Post a Comment