Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, February 14, 2019

KUNJUNGAN ISLAMIC RELIEF SWITZERLAND 2019

Pada hari ini, SK Bukit Tampoi (A) telah dikunjungi oleh dua orang wakil daripada Islamic Relief Switzerland (IRS) dengan diiringi oleh empat orang wakil daripada Islamic Relief Malaysia (IRM). Tujuan kunjungan mereka ke sekolah adalah untuk melihat program dan projek yang telah dilaksanakan oleh IRM dengan sekolah. Selain daripada itu, mereka turut berkunjung ke KOA Bukit Tampoi bagi melihat Projek Perpustakaan Mini yang telah dilaksanakan di balai raya.

Kunjungan mereka di sekolah telah disambut oleh para pentadbir sekolah yang telah membawa mereka mendengar penerangan tentang kerjasama yang telah dilaksanakan bersama IRM di sekolah. Antara program yang telah dilaksanakan adalah seperti Program Diet Attack, Projek Tanaman Cendawan, Sambutan Hari Kanak-kanak dan Sumbangan Kelengkapan Persekolahan.

Kemudian para tetamu dibawa ke tapak projek tanaman cendawan yang sedang diusahakan di laman belakang sekolah. Di sana wakil daripada IRM telah memberikan taklimat tentang perkembangan projek dan manfaatnya kepada penduduk kampung. Projek ini merupakan projek perintis yang jika berjaya akan dikembangkan kepada penduduk kampung yang berminat.

Setelah tamat sesi kunjungan di sekolah, para tetamu dibawa masuk ke kampung untuk melihat Projek Perpustakaan Mini di Balai Raya KOA Bukit Tampoi. Kunjungan ke kampung telah diiringi oleh Pengerusi JKKK iaitu En. Ilam bin Senin. Semoga kunjungan yang singkat ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam memajukan komuniti setempat ke arah yang lebih gemilang.















No comments:

Post a Comment