Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, February 25, 2019

PEMANTAUAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 2019



Pemantauan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi tahun 2019 telah dijalankan pada 22 Februari 2019 (Jumaat). Pemantauan dilakukan oleh 2 orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Pemantauan RMT merangkumi pemilihan murid dan pembekal, pengurusan kerja, kewangan dan pelbagai aspek yang berkaitan dengan RMT. Oleh kerana sekolah kami telah memberikan RMT kepada semua murid pada pukul 7.00 pagi, maka pemantauan telah bermula daripada murid mula mengambil makanan sehingga selesai makan.

Setelah selesai pemantauan, pentadbir dan penyelaras RMT telah diarahkan untuk bersemuka bagi membincangkan hasil dapatan daripada pemantauan yang telah dilakukan. Hasil dapatan daripada pemantauan oleh pihak KPM mendapati pihak sekolah berada pada tahap memuaskan. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu membuat penambahbaikan terhadap perkara yang berkaitan dengan RMT.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kerana pihak KPM sudi memantau pengurusan RMT sekolah kami. Kami berasa amat bertuah kerana terpilih kerana bagi kami dengan adanya pemantauan seperti ini dapat membantu pihak sekolah mengenal pasti kelemahan pengurusan dan dengan bantuan dan bimbingan yang diberikan akan meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih baik pada masa hadapan.






No comments:

Post a Comment