Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, August 17, 2020

TAKLIMAT PROJEK KMR (PROJEK TERNAKAN AYAM)

 


KMR (Kefahaman Melalui Rek Bentuk) merupakan satu projek yang perlu dilaksanakan di sekolah TS25 sebagai sebahagian daripada modul yang digunakan. Maka, Taklimat Projek KMR (Projek Ternakan Ayam) telah diadakan pada 14 Ogos 2020 (Jumaat) di Makmal Komputer yang dihadiri oleh fasilitator dan murid yang telah dipilih bersama ibu bapa masing-masing.

Taklimat ini diadakan bagi memberi penjelasan tentang pelaksanaan projek kepada para peserta serta tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang projek ini berlangsung. Beberapa orang murid dari Tahun 6 dan Tahun 5 telah diplih sebagai model percubaan untuk melihat pelaksanaan projek dijalankan mengikut langkah-langkah yang telah dicadangkan.

Setiap peserta diberi lima ekor anak ayam untuk dibela di rumah masing-masing. Mereka turut dibekalkan dengan bekalan makanan ayam iaitu dedak dan jagung. Ibu bapa berperanan untuk menyediakan reban ayam menggunakan kreativiti masing-masing. Setiap murid akan dipantau oleh fasilitator yang terdiri dalam kalangan guru sekolah ini.

Bagi menggalakkan para peserta untuk memelihara anak-anak ayam masing-masing sehingga dewasa, pihak sekolah telah bersetuju untuk menyediakan hadiah bagi murid yang berjaya membesarkan kelima-lima ekor ayam sehingga dewasa dengan sempurna. Selain daripada itu, peserta yang berjaya perlu memberikan penerangan tentang proses penternakan ayam tersebut dari awal sehingga akhir.

No comments:

Post a Comment