Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, April 4, 2024

PERBINCANGAN PROJEK PERTANIAN 2024


Perbincangan Projek Pertanian bersama Yayasan MyKasih, Urban Hijau dan Latin Women Assosiation Malaysia telah berlangsung di SK Bukit Tampoi (A) pada 1 April 2024 (Isnin). Yayasan MyKasih yang diwakili Melisa bersama-sama Alicia, Diana dan 2 orang daripada Urban Hijau telah hadir ke sekolah untuk membincangkan tentang projek pertanian yang akan dilaksanakan di sekolah ini.

Yayasan MyKasih sebagai pengurus dana memberikan penjelasan kepada Latin Women Assosiation tentang projek yang dicadangkan kepada mereka. Projek ini merangkumi tiga fasa iaitu meningkatkan kesuburan tanah pertanian, membaikpulih sistem aquaponik dan membina rumah hijau. Manakala Urban Hijau adalah penyelaras projek yang akan memberikan latihan dan tunjuk ajar tentang keseluruhan projek.

Projek ini akan melibatkan guru, murid dan komuniti setempat di mana mereka akan bekerjasama dalam mengusahakan projek ini sehingga boleh diusahakan sendiri tanpa bantuan pihak luar. Selain daripada itu, projek ini diharap dapat memberi peluang kepada murid-murid khususnya dengan menggabungjalin mata pelajaran seperti Sains, Matematik dan RBT. Semoga projek ini menjadi realiti kelak.

No comments:

Post a Comment