Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, April 15, 2024

PROGRAM CELIK STEM UNTUK SEKOLAH ORANG ASLI TAHUN 2024

Program Celik STEM Sekolah Orang Asli telah diadakan pada 15 April 2024 (Isnin) di Wisma IEM, Petaling Jaya. Sebanyak 10 orang murid daripada 7 buah sekolah telah terpilih untuk mengikuti program ini. Sekolah-sekolah Orang Asli yang terpilih adalah SK Tun Abdul Razak, SK Bukit Lanjan, SK Bukit Tampoi (A), SK Sg Melut (A), SK Bukit Tadom (A), SK Bukit Cheding (A) dan SK Sg Bumbun (A).  Program ini adalah anjuran The Institution of Engineers Malaysia (IEM) yang memberikan pendedahan awal tentang program STEM yang sangat menarik.

Program ini telah dirasmikan oleh Ir. Prof. Dr. Norlida binti Buniyamin, Presiden IEM. Program ini juga mendapat tajaan daripada Nestle, Segi University & Collage, Season Optic dan UiTM Shah Alam. Murid-murid dikumpulkan di sebuah auditarium semasa majlis perasmian dan diikuti oleh taklimat berkaitan STEM oleh IEM ICT Special Interest Group.

Seterusnya, murid-murid dibawa melawat ke reruai untuk melihat dan mendengar taklimat tentang produk STEM yang telah dihasilkan. Di antara produk STEM tersebut adalah seperti litar elektrik, projek microbit (padang bola sepak), projek mekanikal dan banyak lagi. Manakala guru-guru pengiring ditempatkan di sebuah bilik untuk bengkel membuat sabun mandi dan kapur tulis.

Di samping itu, murid-murid turut boleh membuat pemeriksaan mata dan gigi secara percuma. Turut disediakan adalah demonstrasi dron yang diadakan di perkarangan wisma tersebut. Di akhir program semua guru dan murid dijemput menghadiri jamuan Hari Raya Aidilfitri yang disediakan oleh para menaja. Terima kasih diucapkan kepada IEM dan para penaja kerana sudi menjemput sekolah kami untuk menyertai program ini. Semoga murid-murid kami mendapat manfaat daripada program ini.


Ir. Prof Dr. Norlida binti Buniyamin


Model Fasa Bulan


Litar Elektrik


Projek Microbit (Padang Bola Sepak)


Pengenalan Gentian Optik (Fiber Optic)


Projek Mekanikal


Pemeriksaan Mata


Demonstrasi Dron


Bengkel Sabun Mandi & Kapur Tulis

No comments:

Post a Comment