Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label Koakademik. Show all posts
Showing posts with label Koakademik. Show all posts

Saturday, September 23, 2023

PERSEMBAHAN TARIAN SEWANG SK BUKIT TAMPOI (A) DI HARI TERBUKA PPD SEPANG 2023


Tahniah diucapkan kepada pasukan tarian sewang dan guru-guru pengiring SK Bukit Tampoi (A) kerana berjaya membuat persembahan di Hari Terbuka PPD Sepang 2023. Pasukan tarian sewang telah diundang untuk membuat persembahan tarian di Hari Terbuka PPD Sepang pada 23 September 2023 (Sabtu) yang bertempat di perkarangan Pejabat Pendidikan Sepang.

Banyak booth pameran telah dibuka yang mempamerkan hasil kerja dan inovasi yang telah dilakukan oleh murid-murid dan guru-guru di seluruh sekolah di daerah Sepang. Ini merupakan pencapaian yang berjaya diperoleh di PPD Sepang sepanjang tahun 2023.

Terima kasih diucapkan kepada PPD Sepang kerana mengundang pasukan tarian sewang SK Bukit Tampoi (A) untuk membuat persembahan pada hari tersebut. Ini dapat memberi pendedahan kepada peserta-peserta tarian sewang mendapatkan keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. 

Diharapkan agar hari terbuka seperti ini dapat diadakan saban tahun bagi memberi ruang dan peluang kepada setiap sekolah menunjukkan hasil kemenjadian murid di sekolah masing-masing. Semoga PPD Sepang sentiasa dapat mencemerlangan pendidikan buat murid-murid di daerah ini.


Friday, May 19, 2017

KARNIVAL DAKWAH MURID ORANG ASLI & MAJLIS IKTIFAL 2017



Karnival Dakwah Murid Orang Asli & Majlis Iktifal 2017 telah diadakan di SK Bukit Lanjan (A), Bandar Damansara Perdana pada 18 Mei 2017 (Khamis) yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Selangor. Seramai tiga orang peserta bersama seorang guru pengiring telah dihantar untuk menyertai pertandingan yang diadakan. Mereka ialah adik Nur Natasya Syahadah peserta pertandingan Tilawah Al-Quran (Perempuan), adik Nazua Shakira peserta pertandingan Hafazan (Perempuan) dan adik Muhammad Hafizan peserta pertandingan Hafazan (Lelaki). 


Adik Nur Natasya Syahadah telah mengharumkan nama sekolah kerana dia telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Tilawah Al-Quran (Perempuan). Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya merangkul kejayaan untuk pihak sekolah. Semoga kejayaan ini memberi motivasi kepada murid-murid lain untuk berjaya di dalam bidang masing-masing. 

Monday, March 13, 2017

PERTANDINGAN PROGRAM SEPANG GOT TALENT 2017


Pertandingan Sepang Got Talent merupakan sebahagian Program Germs daerah Sepang yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negeri Selangor. Pertandingan tersebut telah diadakan di Tapak Pasar Pekan Salak, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. 


Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti pertandingan choral speaking, poetry, syair dan bercerita. SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar seorang peserta untuk bertanding di dalam pertandingan bercerita yang dibuka kepada murid sekolah rendah.


Wakil sekolah, iaitu adik Sarah Amanda binti Nah telah berjaya mendapat tempat ke-4 daripada 10 peserta yang menyertai. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah mengharumkan nama sekolah di dalam pertandingan tersebut.