Friday, June 24, 2016
HARI TERBUKA 2016
Hari Terbuka diadakan setiap tahun selepas keputusan peperiksaan pertengahan tahun siap. Pada hari ini ibu bapa atau penjaga dibenarkan masuk ke sekolah untuk berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkembangan pembelajaran dan prestasi anak-anak mereka. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan masuk bermula jam 10.30 pagi iaitu selepas waktu rehat sekolah. Semoga hari ini berlangsung dengan jayanya.
Ibu bapa dan penjaga yang setia menunggu di pondok bas sebelum dibenarkan masuk ke sekolah.
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Monday, June 20, 2016
PROGRAM ZIKIR RAMADHAN 2016
Bulan Ramadhan telah tiba lagi. Bagi mengimarahkan bulan yang penuh berkat ini, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil langkah mengadakan Program Zikir Ramadan 2016. Program ini sedikit berbeza dengan sekolah-sekolah lain kerana ia hanya menekankan kepada aktiviti berzikir sahaja. Murid-murid Orang Asli didedahkan kepada pendekatan Islam yang mudah seperti berzikir kerana majoriti mereka tidak lancar membaca Al-Quran. Program ini akan dipimpim oleh Ustaz Anwar bin Salleh, guru Pendidikan Islam SK Bukit Tampoi (Asli)
PROGRAM OUTREACH LINUS 2.0 NKRA PPD SEPANG 2016
Program Outreach merupakan satu program pemulihan bagi LINUS 2.0 untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai ciri-ciri murid berkeperluan khas. Justeru itu, SK Bukit Tampoi (Asli) telah diarahkan oleh PPD Sepang untuk menghantar tiga orang murid Tahun 3 iaitu Faizal Kanting, Zahrulnizam Philip dan Rajimi Apeng untuk dinilai.
Program tersebut telah dilaksanakan di Bahagian Pendidikan Khas Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut mengiring murid-murid tersebut adalah Pn. Siti Najlaa (Guru Pemulihan) dan En. Mohd. Rahman (Guru Besar).
Thursday, June 16, 2016
MAJLIS IFTAR KPM 2016
Majlis Iftar bersama Menteri Pendidikan Malaysia telah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 15 Jun 2016 bersamaan 10 Ramadhan 1437H. Seramai 13 orang orang murid Islam dengan diiringi oleh 3 orang guru turut sama dalam majlis tersebut. Murid-murid yang menghadiri majlis itu terdiri daripada penerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Mereka telah diberi sumbangan berbentuk saguhati berupa kuih-muih dan duit raya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada SK Bukit Tampoi (Asli) untuk turut sama dalam majlis tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















