Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, October 1, 2017

PROGRAM PERKHEMAHAN PERDANA 2017


Program Perkhemahan Perdana 2017 telah berjaya dilakukan pada 29 dan 30 September 2017. Perkhemahan tahun ini diadakan di SK Bukit Tampoi (A). Seramai 44 orang peserta telah menyertai program ini. Para peserta terdiri daripada murid-murid dari Tahun 4, 5 dan 6. 

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan seperti Ice Breaking, Team Building, Khemahku Rumahku, Mengaut Tali-temali, Chef d'Rimba, Kawad Kaki dan Operasi Burung Pungguk. Semua aktiviti yang dijalankan diawasi oleh sekumpulan fasilitator yang terdiri daripada guru terlatih dan guru pelatih.

Para peserta yang mengikuti aktiviti telah menunjukkan komitmen yang baik serta memberikan kerjasama yang bagus. Mereka diletakkan di dalam satu kumpulan yang mempunyai pelbagai tugas yang telah ditetapkan seperti mendidikan khemah, memasak dan membina gajet. Tanpa kerjasama dan komitmen daripada setiap peserta kumpulan tersebut mungkin tidak akan berjaya sehingga aktiviti terakhir.

Alhamdulillah, dengan usaha tidak mengenal penat lelah akhirnya program ini berjaya ditamatkan tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini. Suatu majlis penutupan telah diadakan pada akhir program yang dirasmikan oleh Guru Besar. Turut hadir memberikan semangat dan motivasi adalah Ahli Jawatankuasa PIBG. Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan program ini dengan jayanya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua tenaga kerja yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program.
  

Taklimat Program




Ice Breaking





Team Building






Chef D'Rimba









Latihan Malam Aneka Ragam




Mari Membina Gajet







 Khemahku Rumahku



Makan Malam



Persembahan Guru



Taklimat Operasi Burung Pungguk




Senaman Pagi



Sarapan Pagi



Kawad Kaki



Mengait Tali-Temali


Majlis Penutupan Program








Ucapan Penutupan


Menerima Tabik Hormat


Bergambar dengan fasilitator, AJK PIBG dan para peserta

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 TAHUN 2017


Kem Bestari Solat (KBS) Siri 2 bagi tahun 2017 telah dilaksanakan pada 28 September 2017 (Sabtu) di Bilik Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A). Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam ini telah dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1 petang. Seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid yang beragama Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang dikendalikan oleh 2 orang guru Pendidikan Islam, 1 orang guru Bahasa Arab dengan dibantu oleh 3 orang guru pelatih dari IPGM Kampus Bangi.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara teori dan amali berkaitan tentang mengerjakan solat fardu bagi menyempurnakan Hukum Fardu Ain bagi seorang yang beragama Islam. Para peserta diberi taklimat tentang pelaksanaan program dari awal hingga akhir. Di dalam taklimat disebutkan juga tentang cara-cara mengambil wuduk dan mengerjakan solat. Bagi menyempurnakan solat fardu, para peserta diajarkan mengerjakan solat secara amali. Dengan cara ini, peserta tahu akan kesalahan dan memperbaiki kesalahan tersebut.

Di akhir program, suatu majlis penutupan telah diadakan di Bilik Pendidikan Islam. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar, SK Bukit Tampoi (A). Pada majlis tersebut semua peserta telah dianugerahkan sijil tamat Kem Bestari Solat. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program sehingga tamat. Semoga pengetahuan yang dipelajari akan diteruskan di rumah agar ibadat solat anda akan diterima Tuhan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan guru pelatih kerana telah bertungkus-lumus mengajar dan membimbing para peserta mengerjakan solat dengan cara yang betul. Jasa tuan akan sentiasa dikenang dan dihargai.




Taklimat Program KBS Siri 2



Ceramah Fardu Ain



Latihan Dalam Kumpulan




Amali Solat Berjemaah



Pemasangan Kain Rentang di Bilik Pendidikan Islam

Saturday, September 23, 2017

CUTI AWAL MUHARRAM 1439 HIJRAH



Image result for awal muharram 2017

Cuti Awal Muharram 1439 Hijrah telah ditetapkan pada 22 September 2017 (Jumaat). Oleh kerana hari tersebut merupakan cuti umum bagi Malaysia, maka SK Bukit Tampoi (A) akan bercuti pada hari berkenaan. Sekolah akan beroperasi semula pada 25 September 2017 (Isnin). Sekian, harap maklum.