Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Wednesday, November 22, 2017

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH & ANUGERAH KECEMERLANGAN 2017


Majlis Graduasi Prasekolah dan Anugerah Kecemerlangan SK Bukit Tampoi (A) Tahun 2017 telah diadakan pada 22 November 2017 (Rabu) di Dewan Sekolah. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum ini telah dihadiri oleh ADUN Dengkil, Wakil PPD Sepang, Wakil JAKOA Daerah Sepang, tetamu khas, guru-guru, para ibu bapa dan murid-murid penerima anugerah.

YB Tuan Shahrum bin Dato' Hj. Mohd. Sharif sebagai ADUN Dengkil telah sudi untuk merasmikan masjlis tersebut. Beliau turut berbesar hati menyampaikan hadiah-hadiah kepada para penerima hadiah. Hadiah-hadiah disumbangkan oleh Hj. Helmy bin Arshad (Pengerusi PIBG Sekolah-Sekolah Daerah Sepang). Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi membiayai hadiah-hadiah pada tahun ini.

Selain daripada itu, pihak sekolah amat bertuah kerana mendapat beberapa tajaan lain iaitu tajaan makanan dan hadiah cabutan bertuah. Makanan para jemputan dan hadirin adalah sumbangan daripada En. Katan. Beliau ialah salah seorang penjaga bagi murid Tahun 6 sekolah ini. Manakala hadiah cabutan bertuah pula disumbangkan oleh Dato' Seri Josephine Duyuk Tuah. Beliau ialah Pengerusi Syarikat Iltizam Centre Miri, Berjaya Indah Perkasa dan Authentic Sand Sdn. Bhd.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang kepada majlis anugerah pada tahun ini. Semoga sumbangan yang diberikan akan menambahkan rezeki kepada para penderma. Harapan kami agar dengan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dengan komuniti dan syarikat luar akan dapat memberi impak yang optimum terhadap pencapaian murid sekolah ini.















Tuesday, November 21, 2017

PENYERAHAN ELAUN KEDAP BAGI BULAN SEPMTEMBER & OKTOBER 2017


Penyerahan elaun Kelas Dewasa Asli dan Pribumi (Kedap) bagi bulan Oktober telah dilakukan pada 14 November 2017 (Selasa) di Makmal Komputer . Majlis penyampaian dilakukan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar). Turut hadir semasa majlis penyampaian adalah En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK HEM). Seramai 11 oranng pelajar Kedap yang telah menerima elaun masing-masing.




PROGRAM GOTONG-ROYONG MINI 2017


Program Gotong-Royong Mini 2017 telah diadakan pada 18 November 2017 (Sabtu) dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program yang dihadiri oleh AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan pelajar Kedap bertujuan untuk menceriakan bangunan sekolah dengan mengecat semula bangunan Blok A.

Pihak sekolah telah mendapat sumbangan cat daripada Unit Pembangunan, PPD Sepang sebanyak 18 buah tong. Keseluruhan bangunan sekolah memerlukan pembaharuan dari segi keceriaan kerana cat yang hampir pudar. Justeru itu, bagi mengembalikan keceriaan bangunan sekolah maka PIBG telah menghulurkan bantuan tenaga dengan membantu guru-guru mengecat bangunan tersebut bersama-sama ibu bapa dan pelajar Kedap.

Terima kasih diucapkan kepada En. Shamsuri dari Unit Pembangunan, PPD Sepang kerana telah membantu sekolah kami dengan sumbangan cat yang berharga untuk kami. Selain daripa itu, kami juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG, para ibu bapa dan pelajar Kedap yang sudi membantu guru-guru mengecat bangunan sekolah kita. Semoga dengan mencerikan semula bangunan sekolah memberi inspirasi kepada murid untuk datang ke sekolah.









PROGRAM KERJAYA 2017


Program Kerjaya telah diadakan pada 17 November 2017 (Jumaat) dari pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di dalam kelas Tahun 2 dan Tahun 3. Program ini adalah kerjasama di antara Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Bukit Tampoi (A) dan Kelab Ariston, Universiti Heriot-Watt, Putrajaya.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dianjurkan seperti permainan kad bergambar, mewarna gambar dan melukis poster yang dibuka kepada semua murid. Para pemenang bagi setiap pertandingan telah diberikan hadiah masing-masing.

Terima kasih diucapkan kepada Kelab Ariston dari Universiti Heriot Watt, Putrajaya kerana sudi datang dan memberikan bimbingan dan panduan untuk mencapai cita-cita pada masa hadapan.








PERKHEMAHAN PRASEKOLAHAN 2017