Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, August 14, 2018

SUMBANGAN SET ALAT TULIS DAN PENCUCI TANGAN


Sumbangan set alat tulis dan pencuci tangan telah disumbangkan oleh En. Azmin bin Ishak kepada pihak sekolah pada 11 Ogos 2018 (Sabtu). Sumbangan berupa 24 set alat tulis adalah khusus untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang tidak berapa lama lagi.

Beliau juga turut menyumbangkan 20 botol pencuci tangan (hand sanitizer) kepada semua bilik darjah, bilik khas dan pejabat. Tujuan sumbangan ini adalah sebagai langkah pencegahan daripada penyakit yang tular ketika ini iaitu penyakit, kaki, tangan dan mulut atau HFMD.

Selain daripada itu, beliau turut menyumbangkan dua beg keperluan dapur bagi murid miskin tegar, khususnya bagi murid Tahun 6. Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Azmin bin Ishak kerana sudi memberi sumbangan kepada pihak sekolah. Jasa dan baik tuan akan sentiasa kami sanjung sampai bila-bila.

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA KELAB SUKARELAWAN IPG KAMPUS ISLAM, BANGI

Program Gotong-royong bersama Kelab Sukarelawan daripada IPG Kampus Islam, Bangi telah diadakan pada 11 Ogos 2018 (Sabtu) di SK Bukit Tampoi (A). Seramai 2 orang pensyarah dan 40 orang penuntut dari IPG Kampus Islam telah sudi datang dan bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah.

Fokus utama program adalah untuk membantu warga sekolah dalam usaha membersihkan kawasan sekolah yang sedang dalam proses menaiktaraf kemudahan prasarana sekolah ke arah yang lebih selamat, kondusif dan ceria.

Selain daripada tenaga kerja, pihak IPG juga turut membantu dalam menyumbangkan 3 tong cat kepada pihak sekolah. Cat ini telah digunakan untuk mengindahkan bilik guru dan bilik mesyuarat yang sedang dinaiktaraf daripada bilik darjah biasa.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah, penuntut IPG Kampus Islam, Bangi kerana sudi membantu pihak sekolah menaiktaraf bilik-bilik khas terutamanya bilik guru dan bilik mesyuarat.

Semoga dengan bantuan ini dapat menyediakan kemudahan prasarana yang lebih kondusif kepada para guru. Selain daripada itu, persekitaran sekolah seperti gelanggang sepak takraw, taman prasekolah dan kawasan belakang blok pentadbiran lebih selamat dan kemas.





Monday, August 6, 2018

JADUAL UJIAN PERCUBAAN UPSR 2018


Tarikh


Masa

Mata Pelajaran
06 OGOS 2018
( ISNIN )
08.30 – 09.45 pagi
( 1 jam 15 minit )
Bahasa Melayu
Pemahaman
10.10 – 10.30 pagi
( 20 minit )
REHAT
10.45 – 12.00 tengah hari
( 1 jam 15 minit )
Bahasa Melayu
Penulisan
07 OGOS 2018
( SELASA )
08.00 – 09.15 pagi
( 1 jam 15 minit )
Bahasa Inggeris
Pemahaman
10.10 – 10.30 pagi
( 20 minit )
REHAT
10.45 – 12.00 tengah hari
( 1 jam 15 minit )
Bahasa Inggeris
Penulisan
08 OGOS 2018
( RABU )
08.00 – 09.00 pagi
( 1 jam )
Matematik
Kertas 1
10.10 – 10.30 pagi
( 20 minit )
REHAT
10.45 – 11.45 pagi
( 1 jam )
Matematik
Kertas 2
09 OGOS 2018
( KHAMIS )
08.00 – 09.00 pagi
( 1 jam )
Sains
Kertas 1
10.10 – 10.30 pagi
( 20 minit )
REHAT
10.45 – 11.45 pagi
( 1 jam )
Sains
Kertas 2

UJIAN PERCUBAAN UPSR 2018


Ujian Percubaan UPSR 2018 sedang berlangsung dari 6 hingga 9 Ogos 2018. Semua murid dan guru Tahun 6 terlibat secara langsung di dalam ujian tersebut. Seramai 24 orang murid yang terlibat di dalam ujian ini. Selamat berjaya semasa menjawab soalan percubaan tersebut. Semoga kalian memperoleh kejayaan pada masa hadapan.


MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEM TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2018


Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR 2018 telah diadakan di tapak perhimpunan sekolah pada hari ini 6 Ogos 2018 (Isnin). Sijil penyertaan telah disampaikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar). Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR 2018 telah diadakan pada 24 dan 25 Julai 2018 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang. 

Kem dua hari satu malam ini dianjurkan oleh UEM Edgenta dengan kerjasama SK Jenderam. Seramai 55 orang murid Tahun 6 dan 8 orang guru pengiring telah terlibat dalam menjayakan kem tersebut. Semoga dengan usaha yang dibuat oleh pihak sekolah akan membuahkan hasil dalam melahirkan murid yang berjaya pada peperiksaan UPSR 2018 nanti.