Thursday, August 30, 2018
Sunday, August 19, 2018
TAKLIMAT KWAPM 2018
Taklimat Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) 2018 telah diadakan pada 17 Ogos 2018 (Jumaat). Taklimat ini telah diadakan di kelas Tahun 5 dan Tahun 6. Seramai 109 orang murid yang layak telah dipanggil untuk mendengar taklimat tersebut.
Murid yang layak terdiri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Taklimat diberikan bertujuan untuk memberi penjelasan berkaitan kelayakan penerima bantuan dan prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan penjaga untuk mendapat bantuan tersebut.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar). Kemudian ibu bapa dibawa berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing untuk menyerahkan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2018
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2018 telah diadakan pada 17 Ogos 2018 (Jumaat). Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar). Tema sambutan Bulan Kemerdekaan 2018 ialah "Sayangi Malaysiaku". Tahniah kepada Panitia Sejarah kerana telah berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan jayanya.
KARNIVAL SEGAK SIRI 2 TAHUN 2018
Karnival Segak telah dilaksanakan bagi membolehkan penilaian Segak dibuat pada masa yang ditetapkan. Karnival ini telah dijalankan pada 15 Ogos 2018 (Rabu) oleh guru-guru Pendidikan Jasmani. Penilaian Segak memerlukan murid melaksanakan 6 aktiviti iaitu jangkauan melunjur, naik turun bangku, tekan tubi dan ringkuk tubi separa. Selain daripada itu, murid juga perlu diambil maklumat berkaitan berat dan tinggi.
Tuesday, August 14, 2018
CERAMAH PENJAGAAN KEBERSIHAN GIGI 2018
Ceramah Penjagaan Kebersihan Gigi telah dilaksanakan pada 13 Ogos 2018 (Isnin) di Pusat Sumber Sekolah (PSS). Ceramah ini telah disampaikan kepada murid-murid Prasekolah, tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 oleh Pegawai Perubatan dari PKD Salak.
Ceramah ini diberikan bersempena dengan lawatan lawatan berkala dari PKD Salak berkaitan pemeriksaan kesihatan gigi murid-murid sekolah kerajaan. Perkhidmatan yang diberikan oleh mereka meliputi perkhidmatan ceramah penjagaan kesihatan gigi, pemeriksaan gigi, rawatan gigi mahupun cabutan gigi. Semua perkhidmatan yang diberikan kepada murid-murid sekolah ini diberikan secara percuma.
Lawatan berkala ini bermula dari 13 Ogos 2018 sehingga 17 Ogos 2018. Dengan adanya pemeriksaan gigi secara berkala ini dapat meningkatkan kesedaran dan kepentingan penjagaan gigi yang baik untuk menghasilakn gigi yang sihat dan kuat.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































