Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, May 7, 2019

PERUBAHAN JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN SEPANJANG RAMADAN 2019

Bulan Ramadan yang lebih dikenali sebagai bulan puasa bagi umat Islam sudah menjelang kembali.  Justeru itu, waktu persekolahan bagi semua murid SK Bukit Tampoi (A) sepanjang bulan Ramadan turut berubah.  Berikut adalah jadual waktu persekolahan sepanjang bulan Ramadan 2019.

Hari
Waktu Datang
Waktu Balik
Isnin
7.40 pagi
1.00 petang
Selasa
7.40 pagi
1.00 petang
Rabu
7.40 pagi
1.00 petang
Khamis
7.40 pagi
1.00 petang
Jumaat
7.40 pagi
12.00 t/hari

Jadual ini berkuatkuasa mulai 6 Mei 2019 (Isnin) sehingga 24 Mei 2019 (Jumaat). Sehubungan dengan itu, semua aktiviti kokurikulum di dalam bulan Ramadan ditangguhkan buat sementara waktu. Pihak sekolah mengharapkan agar ibu bapa atau penjaga dapat menguruskan pengangkutan anak pergi dan balik dari sekolah.

Monday, May 6, 2019

MAJLIS PENYEMPAIAN HADIAH KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2019


SUKANEKA DAN JAMUAN HARI GURU 2019


Sempena Hari Guru 2019, Kelab Guru dan Staf telah menganjurkan aktiviti sukaneka buat semua guru dan staf. Aktiviti ini telah diadakan pada 3 Mei 2019 (Jumaat) bertempat di tapak letak kereta guru denga tema "Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi".

Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan antaranya boling kelapa, isi air ke dalam botol, menyambut belon air dan baling pundi kacang. Aktiviti dijalankan bersama dengan beberapa orang murid yang terpilih. Sebelum itu, semua guru dan staf dibahagikan mengikut empat kumpulan.

Sejurus selepas permainan, semua guru dan staf serta murid-murid telah beredar ke kantin sekolah untuk jamuan makan. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) telah sudi menyumbangkan dua biji kek sempena Hari Guru pada tahun ini.

Kemudian, sesi penyampaian hadiah oleh murid-murid kepada guru-guru kesayangan mereka telah diadakan. Sebelum waktu sekolah tamat, guru-guru dihiburkan pula oleh persembahan-persembahan yang dibuat oleh murid-murid. Ada persembahan yang menghiburkan malah ada juga persembahan yang melucukan.

Terima kasih kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Tampoi (A) di atas tajaan kek tersebut dan juga kepada anak-anak didik guru-guru yang bersungguh-sungguh membuat persembahan. Semoga kalian berjaya mencapai cita-cita yang diidamkan menjadi kenyataan.
















BENGKEL JOM UPSR 2019



Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah hampir menjelang tiba. Sehubungan dengan itu, Bengkel Jom UPSR telah diadakan bagi memberi pendedahan berkaitan teknik menjawab soalan UPSR yang sebenar.

Bengkel ini telah diadakan pada 2 Mei 2019 (Khamis) dari pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 petang di SK Bukit Tampoi (A) yang turut disertai oleh murid-murid dari SK Sungai Melut (A). Pada bengkel ini memberi fokus kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Pihak sekolah telah menjemput dua orang penceramah yang berpengalaman di dalam bidang masing-masing. Mereka ialah En. Ahmad Fuad bin Abdul Salim (Matematik) dan Pn. Raihan binti Mohd Faissal (Bahasa Inggeris).

Diharapkan dengan mengadakan bengkel ini dapat membantu murid-murid membiasakan diri dengan soalan-soalan sebenar UPSR dan dapat menggunakan teknik yang paling mudah dan cepat bagi mendapatkan jawapan yang betul dan tepat.







PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT IDRISSI INTERNATIONAL SCHOOL



Program Khidmat Masyarakat Idrissi International School telah dilaksanakan pada 30 April 2019 (Selasa) dari pukul 10.30 pagi sehingga 1.00 petang. Seramai 60 orang pelajar dari sekolah tersebut telah hadir untuk menjayakan program tersebut.

Mereka mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan semua murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah nyanyian, mencari gambar yang hilang, pertandingan simpulan tali, kuiz matematik dan membawa bola ping pong menggunakan sudu. Program ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Idrissi International School kerana telah memilih sekolah kami untuk menjalankan Program Khidmat Masyarakat sekolah tuan. Semoga jalinan dan kerjasama ini dapat diteruskan bagi program yang baharu pula.