Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, July 11, 2023

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD SEPANG 2023

Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang bagi tahun 2023 telah diadakan pada 7 Julai 2023 (Jumaat). Kejohanan ini dianjurkan oleh SK Dengkil telah diadakan di Sirin, Cyberjaya. SK Bukit Tampoi (A) telah menghantar 2 pasukan ke kejohanan tersebut.

Keputusan akhir kejohanan sepak takraw peringkat daerah pada tahun ini adalah seperti berikut. Johan adalah pasukan SK KLIA A dan naib johan adalah pasukan SK Desa Putra A. Manakala SK Bukit Tampoi A pasukan A dan SK Kg Baru Lanjut A berkongsi kedudukan tempat ketiga.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain, jurulatih, pengurus dan GPK Kokurikulum kerana telah berhasil mendapat tempat ketiga pada kejohanan tersebut. Usaha gigih kalian amat dihargai dan menjadi contoh yang baik kepada murid-murid yang lain. 

Sebagai ganjaran kerana memenangi kejohanan tersebut semua pemain dibawa makan di restoran sebagai hadiah kemenangan. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk mereka berjuang lebih gigih lagi pada masa akan datang.


Wednesday, July 5, 2023

LATIHAN KEBAKARAN 2023

 

Latihan kebakaran SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 5 Julai 2023 (Rabu) yang dianjurkan oleh Unit 3K di bawah Hal Ehwal Murid. Latihan kebakaran ini diadakan pada setiap tahun secara berkala untuk memberi pendedahan awal kepada semua warga sekolah.

Walau bagaimanapun, latihan kebakaran ini terpaksa ditangguhkan pada tahun lepas kerana hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, latihan ini berjaya diadakan pada tahun ini dengan lancar dan murid-murid berasa teruja kerana dapat mengikuti latihan yang memberi manfaat kepada mereka.

Semoga dengan adanya latihan berkala ini dapat memberi kesedaran kepada warga sekolah akan kepentingan menyelamatkan diri ketika kebakaran. Warga sekolah juga perlu cakna akan punca dan tanda-tanda kebakaran yang berlaku dan memaklumkan kepada guru secepat yang mungkin. Terima kasih kepada Unit 3K dan Hal Ehwal Murid kerana menganjurkan aktiviti seperti ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BULAN BAHASA 2023

 

Monday, June 26, 2023

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT TAMPOI (A) KALI KE-30 TAHUN 2023

Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Tampoi (A) kali ke-30 bagi tahun 2023 telah diadakan pada 24 Jun 2023 (Sabtu). Seramai 52 orang ibu bapa dan guru-guru hadir pada mesyuarat kali ini. Turut hadir pada mesyuarat pada kali ini adalah Tok Batin Awang bin Jantan, Batin KOA Bukit Dugang dan Tok Batin Osman bin Abdullah, Batin KOA Kolam Air Bangkong.

Majlis dimulai dengan ucapan Guru Besar, Yang Dipertua PIBG dan ucapan perasmian. Mesyuarat tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Luqman bin Abdullah, Penolong Pegawai PPD Sepang yang diundang oleh PIBG. Terima kasih diucapkan kepada PPD Sepang kerana sudi merasmikan mesyuarat pada kali ini. 

Sejurus selepas acara perasmian, mesyuarat dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi mesyuarat. Diikuti dengan pengesahan minit mesyuarat lalu dan perkara berbangkit. Kemudian bendahari PIBG membentangkan kewangan PIBG bagi tahun 2022/2023. Seterusnya mesyuarat diteruskan dengan perbincangan usul. Pada tahun ini, hanya 1 usul yang dikemukan oleh ibu bapa iaitu usul tentang menyediakan tempat menunggu buat ibu bapa yang mengambil anak dari sekolah.

Di akhir mesyuarat, diadakan pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG yang baharu bagi menggantikan AJK PIBG 2022/2023 yang telah dibubarkan. Ahli Jawatankuasa baharu ini diketuai oleh En. Chairi selaku Yang Dipertua PIBG SK Bukit Tampoi (A) 2023/2024. Semoga AJK PIBG yang baharu ini dapat memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu pihak sekolah menyelesaikan isu yang berbangkit. Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang baharu dilantik.

Tuan Haji Luqman bin Abdullah
(Penolong Pegawai PPD Sepang)

En. Ilam bin Senin
(YDP PIBG)

En. Mohd Fadzli bin Mansor
(Guru Besar SK Bukit Tampoi (A)

En. Ismail bin Ibrahim
(Pembaca Doa)

En. Muhammad Yazie bin Rosli
(Juruacara Majlis)

Cenderamata PIBG kepada AJK Ibu Bapa
Cenderamata PIBG kepada AJK Guru 
Cabutan Bertuah