Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, April 4, 2024

PEMANTAUAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025

 

Pemantuan Program Transisi Tahun 1 Sesi 2024/2025 telah dilakukan oleh Tn. Hj. Zaidi bin Cheromi (Penolong Pegawai PPD) daripada Sektor Pembelajaran PPD Sepang. Beliau telah hadir pada 2 April 2024 (Selasa). Turut hadir semasa pemantauan tersebut adalah Guru Besar, GPK Pentadbiran dan Guru Kelas Tahun 1.

Pemantauan yang dibuat adalah berkaitan tentang perjalanan Program Transisi Tahun 1 yang sedang berjalan di sekolah dari 11 Mac 2024 hingga 5 April 2024. Program ini meliputi dua fasa iaitu fasa penyesuaian dan fasa kesediaan. Fasa penyesuaian dilaksanakan selama 2 mingu dari 11 hingga 22 Mac 2024 manakala fasa kesediaan dilaksanakan selama 2 minggu dari 25 Mac hingga 5 April 2024.

Selain daripada itu, pemantauan juga merangkumi penilaian Anugerah Program Transisi Tahun 1 terbaik di peringkat PPD Sepang. Secara keseluruhannya, penilaian program pada tahun ini adalah baik. Cuma kurang dari aspek inovasi sahaja yang perlu ditambahbaik pada masa akan datang.

Terima kasih kepada PPD Sepang kerana membantu pihak sekolah menambahbaik program ini pada masa akan datang. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan demi kecemerlangan SK Bukit Tampoi (A).  

PERBINCANGAN PROJEK PERTANIAN 2024


Perbincangan Projek Pertanian bersama Yayasan MyKasih, Urban Hijau dan Latin Women Assosiation Malaysia telah berlangsung di SK Bukit Tampoi (A) pada 1 April 2024 (Isnin). Yayasan MyKasih yang diwakili Melisa bersama-sama Alicia, Diana dan 2 orang daripada Urban Hijau telah hadir ke sekolah untuk membincangkan tentang projek pertanian yang akan dilaksanakan di sekolah ini.

Yayasan MyKasih sebagai pengurus dana memberikan penjelasan kepada Latin Women Assosiation tentang projek yang dicadangkan kepada mereka. Projek ini merangkumi tiga fasa iaitu meningkatkan kesuburan tanah pertanian, membaikpulih sistem aquaponik dan membina rumah hijau. Manakala Urban Hijau adalah penyelaras projek yang akan memberikan latihan dan tunjuk ajar tentang keseluruhan projek.

Projek ini akan melibatkan guru, murid dan komuniti setempat di mana mereka akan bekerjasama dalam mengusahakan projek ini sehingga boleh diusahakan sendiri tanpa bantuan pihak luar. Selain daripada itu, projek ini diharap dapat memberi peluang kepada murid-murid khususnya dengan menggabungjalin mata pelajaran seperti Sains, Matematik dan RBT. Semoga projek ini menjadi realiti kelak.

Wednesday, April 3, 2024

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH, PUSAT SUMBER, SPBT, KETUA DAN PENOLONG SERTA PATROL DENGGI SESI 2024/2025


Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pusat Sumber, SPBT, Ketua dan Penolong serta Patrol Denggi telah diadakan pada 1 APril 2024 (Isnin) di tapak perhimpunan SK Bukit Tampoi (A). Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pn. Noresah binti Sapari (GPK Pentadbiran).

Seramai 14 orang pengawas sekolah, 13 orang pengawas pusat sumber, 10 orang pengawas SPBT, 12 orang ketua dan penolong kelas serta 6 orang ahli patrol denggi telah diberikan watikah pelantikan sebagai pemimpin kecil untuk menjalankan tugas masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua pemimpin kecil ini. Semoga kalian dapat menggalas tanggungjwab yang diamanahkan dengan adil dan penuh dedikasi. Jadikan sekolah kita sebagai tempat yang selamat dan selesa untuk belajar dan menimba ilmu.

Monday, April 1, 2024

CUTI NUZUL AL-QURAN & CUTI PERISTIWA 2024

 

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN BERSAMA IMU 2024

Program Kesedaran Kesihatan Bersama IMU Universiti telah diadakan pada 15 Mac 2024 (Isnin). Program ini diadakan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri. Program ini kendalikan oleh 9 orang penuntut bersama murid-murid Tahun 2 dan 3.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan semasa program ini sedang berlangsung. Di antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti ceramah kesihatan, kuiz, demonstrasi penjagaan gigi dan explore race. Murid-murid yang menyertai program ini berasa amat gembiran dan teruja dengan aktiviti yang dilakukan.

Semoga dengan adanya progran kesederan seperti ini dapat memberi impak yang baik terhadap kesihatan murid-murid di SK Bukit Tampoi (A). Selain daripada itu, ia dapat meningkatkan tahap kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan kesihatan diri murid-murid.