Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, May 16, 2016

AKTIVITI HARI GURU 2016


 Tig Tag Toe
 Masukkan benang dalam jarum
 Mesej peribahasa bergambar
 Masukkan air dalam botol dengan span

Karaoke

HARI GURU 2016

 Majlis Perasmian Hari Guru Peringkat Sekolah
 Guru Besar dan mantan GPK Pentadbiran

 Sumbangan kek daripada agensi luar


 Anggota Kumpulan Ungu
Anggota Kumpulan Hitam
Anggota Kumpulan Merah

Thursday, May 12, 2016

PERBINCANGAN PROFESIONAL BERSAMA PENSYARAH ELTC

Program 1M4U yang bakal berlangsung di SK Bukit Tampoi (Asli) pada 25 Mei 2016 ini turut disertai oleh 10 orang pensyarah dari English Language Teaching Centre (ELTC) yang terletak di Bandar Enstek, Nilai. Mereka diundang oleh Puspanita KPM untuk mengendalikan aktiviti Fun Learning yang akan berlangsung pada hari tersebut. 

Kedatangan mereka pada hari ini adalah untuk membincangkan dengan pihak pengurusan sekolah dan beberapa orang guru cara aktiviti ini bakal dijalankan. Di samping itu juga mereka dapat bersuai kenal dengan guru-guru Bahasa Inggeris dan para pentadbir sekolah. Mereka yang datang ialah Pn. Hjh. Kamariah binti Hj. Samsudin dan Pn. Ezatul Hanizam binti Mohd. Fauzi.


PRA GOTONG-ROYONG PROGRAM 1M4U 2016

Sempena pelaksanaan Program 1M4U yang di selaraskan oleh Puspanita KPM dengan kerjasama SK Bukit Tampoi (A), guru-guru penolong kanannya telah mengambil inisiatif untuk melukis tapak perhimpunan dengan kotak-kotak garisan bagi memudahkan murid semasa beratur. Terima kasih kepada En. Azman Shah bin Mohd. Yunus (GPK Pentadbiran), Pn. Noor Adida Tun Salwa binti Omar (GPK HEM) dan En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK Kokurikulum).