Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, April 9, 2018

ANUGERAH MURID KEHADIRAN 100% (JAN - MAC) 2018


Tahniah kepada semua murid yang telah mencapai kehadiran 100% dari Januari hingga Mac 2018. Senarai nama murid yang telah mencapai kehadiran 100% adalah seperti berikut : -

Bil.
Nama
Kelas
1.
Fariz Haikal Bin Azri
1 Melur
2.
Rizal bin Musa
1 Melur
3.
Victoria Ribka Anak Anthony
2 Mawar
4.
Aimanshah bin Hilman
3 Melati
5.
Muhammad Al-Iqram bin Muhammad Alwi
3 Melati
6.
Allyakirayuki Anak Jasmil
3 Melati
7.
Rafiq Daniel bin Abdullah
3 Melati
8.
Siti Az-Zahra binti Muhammad Tarmizi
3 Melati
9.
Zarissya A/P Wong Onn Siong@Ghafar
3 Melati
10.
Gracious Christie Anak Sani
4 Semarak
11.
Kristen Stefanus A/L Zaberi
4 Semarak
12.
Azma Lienyana binti Azim
5 Dahlia
13.
Ameilyn Amani binti Arbain
5 Dahlia
14.
Katherina A/P Zaberi
5 Dahlia
15.
Putri Wulan Mauliah Guritna bt Ady Hasan
5 Dahlia
16.
Jairil Anak Jenny
6 Siantan
17.
Kevin Stefanus A/L Zaberi
6 Siantan
18.
Muhammad Daniel Shah bin Mohd Sham
6 Siantan
19.
Nazua Syahkira binti Sikin @ Omar
6 Siantan
20.
Nazua Syahpira binti Sikin @ Omar
6 Siantan

Saturday, April 7, 2018

PROGRAM MUDIK KE HULU 2018 (SIRI 1)


Program Mudik Ke Hulu (Siri 1) masih relevan dan diteruskan pada tahun ini. Program ini diwujudkan khususnya bagi menjejaki murid yang tidak hadir tegar ke sekolah. Wakil sekolah akan pergi ke Kampung Orang Asli yang terlibat bagi mendapatkan maklumat ketidakhadiran murid ke sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu mendapatkan kepastian sama ada murid yang terlibat masih tinggal di kampung tersebut.


Kunjungan yang disertai oleh GPK Hal Ehwal Murid bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling tertumpu ke KOA Bukit Jenuk dan KOA Bukit Baja. Di KOA Bukit Jenuk terdapat seorang murid yang mempunyai rekod ketidakhadiran tegar yang terlibat dalam Program Linus. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah pergi berkunjung ke rumah murid tersebut untuk mendapatkan maklumat. 


Kemudian mereka ke KOA Bukit Baja bagi mencari dan mendapatkan kepastian dua orang murid Tahun 1 yang tidak pernah hadir ke sekolah selepas mendaftarkan diri. Dengan bantuan orang kampung, akhirnya dua orang murid ini telah berjaya dikenal pasti. Menurut maklumat yang diperolehi daripada penjaga, mereka tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarga dan kewangan. Kini mereka bergantung harap dan belas ihsan daripada mak cik mereka yang masih tinggal di kampung.

JEYAWARA PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2019 (SIRI 3)


Jeyawara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2019 telah diteruskan ke KOA Bukit Baja untuk menjejaki murid yang berpotensi bersekolah di SK Bukit Tampoi (A) pada tahun 2019. Wakil pihak sekolah yang terlibat di dalam aktiviti kali ini ialah En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK Hal Ehwal Murid) dan En. Mohd. Firdaus Ayak bin Abdullah (Guru Bimbingan dan Kaunseling).

Pada kali ini mereka telah pergi berkunjung ke Tabika Kemas, KOA Bukit Baja. GPK HEM telah bertemu dengan guru tabika terbabit untuk menyerahkan dokumen pendaftaran dan borang kesihatan bagi setiap murid. Seramai 10 orang murid yang telah dikenal pasti akan bersekolah di SK Bukit Tampoi (A) pada tahun hadapan. 

Setelah selesai Program Jeyawara ke Kampung Orang Asli yang terbabit, tugas pihak sekolah adalah membantu ibu bapa murid yang ingin mendaftarkan anak mereka ke Tahun 1 dengan mengisi maklumat anak masing-masing ke dalam sistem pendaftaran secara dalam talian. Perkara ini perlu memandangkan kebanyakkan Orang Asli masih kurang mahir menggunakan perkakasan komputer.


Thursday, April 5, 2018

PROGRAM OUTREACH BIL.1/2018


Program Outreach Bil.1/2018 telah dilakukan ke atas empat orang murid dari Tahun 3. Mereka adalah Siti Suhaidah, Syafiq Wong, Junairi dan Yusri yang diiringi oleh Pn. Itaerdayu dan Pn. Siti Najlaa sebagai guru pemulihan. program ini telah dijalankan di Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) yang terletak di Kementerian Pendidikan Malaysia, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas merupakan pusat khidmat setempat yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk intervensi, rehabilitasi, dan konsultasi dalam bidang khusus iaitu Audiologi, Psikologi, Patologi Pertuturan Bahasa, Terapi Carakerja dan Peripatetik.

Keputusan pemeriksaan ke atas 4 orang murid ini adalah mereka dikategorikan sebagai Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang mempunyai masalah pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, mereka akan dikecualikan daripada mengambil Saringan Linus yang sedang dilakukan di sekolah.

Monday, April 2, 2018

PROGRAM SLAMAT AIK JADIK MAC & APRIL 2018


Program Slamat Aik Jadik merupakan suatu aktiviti sambutan hari lahir murid yang dirasaikan mengikut bulan. Program ini adalah sebahagian daripada Program Kehadiran Murid yang bertujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Sambutan hari lahir murid akan disambut setiap dua bulan sekali. Pada kali ini, murid-murid yang lahir pada bulan Mac dan April telah diraikan.