Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, April 7, 2018

PROGRAM MUDIK KE HULU 2018 (SIRI 1)


Program Mudik Ke Hulu (Siri 1) masih relevan dan diteruskan pada tahun ini. Program ini diwujudkan khususnya bagi menjejaki murid yang tidak hadir tegar ke sekolah. Wakil sekolah akan pergi ke Kampung Orang Asli yang terlibat bagi mendapatkan maklumat ketidakhadiran murid ke sekolah. Selain daripada itu, pihak sekolah juga perlu mendapatkan kepastian sama ada murid yang terlibat masih tinggal di kampung tersebut.


Kunjungan yang disertai oleh GPK Hal Ehwal Murid bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling tertumpu ke KOA Bukit Jenuk dan KOA Bukit Baja. Di KOA Bukit Jenuk terdapat seorang murid yang mempunyai rekod ketidakhadiran tegar yang terlibat dalam Program Linus. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah pergi berkunjung ke rumah murid tersebut untuk mendapatkan maklumat. 


Kemudian mereka ke KOA Bukit Baja bagi mencari dan mendapatkan kepastian dua orang murid Tahun 1 yang tidak pernah hadir ke sekolah selepas mendaftarkan diri. Dengan bantuan orang kampung, akhirnya dua orang murid ini telah berjaya dikenal pasti. Menurut maklumat yang diperolehi daripada penjaga, mereka tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarga dan kewangan. Kini mereka bergantung harap dan belas ihsan daripada mak cik mereka yang masih tinggal di kampung.

No comments:

Post a Comment