Pencegahan Kutu Dalam Kalangan Murid Orang Asli adalah di bawah Projek Pembangunan Komuniti IRM dengan kerjasama Program Sains Biomedik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 1 orang pensyarah, 5 orang penuntut sarjana dan 1 orang pemandu yang diketuai oleh Prof. Dr. Hidayatulfathi binti Othman. Program ini turut dihadiri oleh wakil daripada Islamic Relief Malaysia iaitu En. Mohamad Syakir bin Mohd Sarib.
Program ini diadakan pada 11 April 2018 (Rabu) di Makmal Sains mengikut kelas masing-masing. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Aktiviti dilakukan dengan terlebih dahulu murid dibasahkan rambut mereka dengan ubat kutu. Kemudian rambut yang telah dibasahkan akan ditutup dengan tuala agar kutu terperangkap di kepala. Selang beberapa minit, selepas tuala dibuka, murid akan menjalani proses menyikat rambut menggunakan sikat kutu bagi mengeluarkan kutu dan telurnya. Segala keperluan untuk program ini telah ditaja oleh IRM.
Hasil daripada program ini, pihak sekolah dapat mengenal pasti beberapa orang murid yang memiliki kutu. Oleh yang demikian, pihak sekolah akan membuat susulan bersama dengan UKM dan IRM untuk berkunjung ke rumah murid yang terlibat untuk mengenal pasti punca masalah kutu ini. Ini memerlukan kerjasama dengan ibu bapa atau penjaga, PIBG, Batin dan JKKK kampung masing-masing. Semoga program ini dapat diteruskan ke kampung bagi membenteras masalah kutu dalam kalangan Orang Asli agar dapat hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment