Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, April 7, 2018

JEYAWARA PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2019 (SIRI 3)


Jeyawara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2019 telah diteruskan ke KOA Bukit Baja untuk menjejaki murid yang berpotensi bersekolah di SK Bukit Tampoi (A) pada tahun 2019. Wakil pihak sekolah yang terlibat di dalam aktiviti kali ini ialah En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK Hal Ehwal Murid) dan En. Mohd. Firdaus Ayak bin Abdullah (Guru Bimbingan dan Kaunseling).

Pada kali ini mereka telah pergi berkunjung ke Tabika Kemas, KOA Bukit Baja. GPK HEM telah bertemu dengan guru tabika terbabit untuk menyerahkan dokumen pendaftaran dan borang kesihatan bagi setiap murid. Seramai 10 orang murid yang telah dikenal pasti akan bersekolah di SK Bukit Tampoi (A) pada tahun hadapan. 

Setelah selesai Program Jeyawara ke Kampung Orang Asli yang terbabit, tugas pihak sekolah adalah membantu ibu bapa murid yang ingin mendaftarkan anak mereka ke Tahun 1 dengan mengisi maklumat anak masing-masing ke dalam sistem pendaftaran secara dalam talian. Perkara ini perlu memandangkan kebanyakkan Orang Asli masih kurang mahir menggunakan perkakasan komputer.


No comments:

Post a Comment