Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Saturday, April 8, 2017

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT 2017


Kem Bestari Solat (KBS) 2017 merupakan aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam, SK Bukit Tampoi (A). Aktiviti ini telah diadakan pada hari ini 8 April 2017 (Sabtu) di Bilik Pendidikan Islam. Seramai 30 orang murid Islam telah menyertai aktiviti yang diselia oleh dua orang guru Pendidikan Islam. 

Aktiviti bermula pada pukul 8.45 pagi hingga 12.30 tengah hari. Banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya taklimat oleh Ketua Komanden, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 dan 2. Di dalam aktiviti tersebut, para peserta telah diajar cara-cara mengambil wuduk, bacaan-bacaan di dalam sembahyang dan cara-cara untuk sembahyang.


Tahniah kepada semua peserta yang hadir kerana telah berjaya mempelajari cara-cara sembahyang yang betul. Terima kasih kepada ibu bapa yang telah membenarkan anak-anak mereka datang pada hari Sabtu demi menimba ilmu akhirat buat anak-anak mereka. Syabas diucapkan kepada guru-guru Panitai Pendidikan Islam kerana telah berjaya menganjurkan aktiviti KBS pada kali ini. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan dengan sokongan semua pentadbir, guru, ibu bapa dan murid yang beragama Islam di SK Bukit Tampoi (A) ini.

No comments:

Post a Comment