Merujuk kepada kenyataan media KPM pada 1 Januari 2022 berkaitan penjelasan mengenai Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah KPM bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 di Negeri Kelantan dan Sarawak dengan ini menjelaskan bahawa ketetapan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 adalah melibatkan institusi pendidikan bawah KPM seluruh negara, termasuklah di negeri Kelantan dan Sarawak.
Oleh yang demikian, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM akan bermula pada 9 Januari 2022 bagi negeri Kumpulan A, manakala 10 Januari 2022 bagi Kumpulan B. Justeru itu, SK Bukit Tampoi (A) akan mula beroperasi pada 10 Januari 2022 (Isnin). Berikut adalah pengoperasian semula SK Bukit Tampoi (A) : -
1. Tiada penggiliran sekolah. Semua murid boleh datang ke sekolah seperti biasa.
2. Murid perlu sentiasa memakai pelitup separuh muka semasa berada di kawasan sekolah.
3. Murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan sekiranya pakaian seragam yang ada tidak lagi sesuai dipakai.
4. Sekiranya ibu bapa/penjaga memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran tersebut tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. Namun ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod.
5. Murid masih belum dibenarkan untuk rehat di kantin sekolah. Murid hanya dibenarkan makan dan minum di dalam kelas masing-masing pada waktu rehat.
6. Bagi murid yang terlibat dengan banjir, sila maklumkan kepada guru kelas atau guru SPBT berkaitan kehilangan atau kerosakan buku teks dengan kadar segera.
Berikutan dengan pengoperasian semula sekolah, ibu bapa/penjaga serta murid-murid diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah digariskan oleh KPM dan MKN. Murid-murid TIDAK DIBENARKAN hadir ke sekolah sekiranya : -
1. Murid atau ahli keluarga sedang atau akan melalui tempoh kuarantin kerana kes Covid-19.
2. Murid adalah kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
3. Murid demam, batuk, selsema, lelah/asma atau bergejala.
4. Murid tinggal dalam kelompok kontak rapat pesakit Covid-19.
5. Suhu badan murid kurang 35 darjah Celcius atau lebih daripada 37.5 darjah Celcius.
Diharapkan agar sesi pengoperasian semula sekolah dapat berjalan dengan lancar agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan seperti biasa. Sekian, terima kasih.