Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Tuesday, January 31, 2023

PEMULANGAN BUKU TEKS SESI 2022/2023 DAN AGIHAN BUKU TEKS SESI 2023/2024 BAGI TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

 đź“šPEMULANGAN BUKU TEKS SPBT TAHUN 1-6 2022/2023


Hari : Selasa / Rabu 

Tarikh : 7 - 8 Februari 2023

Tempat: Kelas


đź“šPeringatan :

✅Buku teks  mestilah dipulangkan dengan lengkap. 

✅Sebarang kehilangan buku perlu dibuat gantian.

✅Buku yang  hilang mesti diganti dengan buku dari judul dan tahun yang sama. (Buku boleh dibeli di mana-mana kedai buku / secara atas talian sebelum hari pemulangan.


đź“šAGIHAN BUKU TEKS SPBT THN 1-6 2023/2024


Hari: Khamis/Jumaat

Tarikh: 9 - 10 Februari 2023

Tempat: Kelas


✅Hanya murid yang pulangkan buku akan menerima buku untuk sesi akademik 2023/2024

✅Buku yang diterima perlu ditulis nama dan tahun.

✅Buku teks perlu dibalut dengan kemas.

✅Buku teks untuk sesi 2023/2024 akan disimpan di dalam kelas.

✅Murid perlu hadir ke sekolah untuk memudahkan urusan   proses kutipan dan agihan Buku Teks.


Sekian, terima kasih


GURU BESAR

SK BUKIT TAMPOI (A)

Friday, January 20, 2023

CUTI TAHUN BARU CINA TAHUN 2023

 

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2023

 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2023 telah dilaksanakan pada 18 Januari 2023 (Khamis) bermula pada pukul 11.00 pagi. Seramai 110 orang murid SK Bukit Tampoi (A) telah menerima bantuan yang berjumlah RM150 seorang. 

Pada tahun ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan pemberian bantuan BAP kepada semua murid tanpa mengira pendapatan keluarga. Maka semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 layak menerima bantuan tersebut.

Oleh kerana semua murid layak menerima bantuan tersebut, maka ibu bapa dan penjaga seharusnya bertanggungjawab untuk menguruskan bantuan tersebut untuk keperluan persekolahan anak masing-masing. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban tanggungan keluarga.

Monday, January 9, 2023

JADUAL UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2022/2023


SUMBANGAN UNIFORM SEKOLAH 2023

 

Sumbangan uniform sekolah telah dibuat pada 8 Januari 2023 (Ahad) di Pasaraya Ekonomi Shuki, Dengkil. Seramai 10 orang murid yang terdiri daripada 5 murid lelaki dan 5 murid perempuan. Mereka ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Turut hadir adalah En. Mohd Fadzli (Guru Besar) dan Pn. Nor Baizura (Guru Kebajikan).

Sumbangan uniform sekolah ini adalah ikhsan daripada En. Samsul bin Mohd Yunus dan isteri. Ini merupakan tahun kedua beliau telah memberikan sumbangan uniform sekolah kepada murid-murid SK Bukit Tampoi (A). Sejurus selepas membeli-belah, murid-murid dan para ibu bapa dijamu makan tengah hari di KFC Dengkil.

Terima kasih kepada En. Samsul dan isteri kerana bermurah hati memberikan sumbangan secara individu kepada murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga tuan sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berkekalan.





PEMANTAUAN PRASEKOLAH 2023

 

Pemantauan Prasekolah sekolah telah dijalankan pada 6 Januari 2023 (Jumaat). Pemantauan ini adalah lanjutan daripada audit yang dilakukan pada tahun lepas oleh Jemaah Nazir Sekolah. Pemantauan pada kali ini bertujuan untuk melihat penambahbaikan yang telah dilakukan daripada hasil dapat audit.

2 orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan 1 orang daripada PPD Sepang. Mereka telah memantau persekitaran prasekolah dan enrolmen bagi tahun 2023 serta aktiviti yang sekolah jalankan untuk menarik kehadiran murid-murid ke sekolah.

Hasil dapatan daripada pegawai pemantauan adalah Prasekolah Tunas Murni di SK Bukit Tampoi (A) telah mematuhi kriteria dan garis panduan yang ditetapkan dalam menguruskan prasekolah. Pihak sekolah mengucapkan syabas dah tahniah kepada unit prasekolah kerana berjaya mematuhi semua garis panduan tersebut.