Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)
Showing posts with label CSR. Show all posts
Showing posts with label CSR. Show all posts

Friday, July 5, 2024

SINCERELY, SETIA SPECIAL CELEBRATION : WORLD ENVIRONMENT DAY 2024


Sincerely, Setia Special Celebration : World Environment Day
2024 telah diadakan pada 4 Julai 2024 (Khamis) bertempat di Club 360, Setia Ecohill, Semenyih, Selangor yang dianjurkan oleh SP Setia Foundation. Seramai 15 orang murid dan 2 orang guru pengiring telah dijemput untuk menyertai program tersebut. Selain daripada SK Bukit Tampoi (A), terdapat juga sekolah angkat di bawah SP Setia Foundation iaitu SK Semenyih, SJK(C) Kampung Baru Semenyih dan SJK(T) Ladang Rinching.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah disertai oleh semua murid seperti ice breaking, South Creek@Setia Ecohill dan latihan dalam kumpulan. Murid-murid sangat teruja dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh penganjur. Selain daripada itu, mereka dapat berkenalan di antara murid-murid dari sekolah-sekolah angkat SP Setia Foundation.

Terima kasih kepada SP Setia Foundation kerana sudi menjemput SK Bukit Tampoi (A) untuk menyertai program yang sangat bermakna buat anak-anak murid kami. Mereka sangat gembira kerana dapat pergi ke Club 360, Ecohill Semenyih yang sangat indah dan luar biasa. Semoga dengan penyertaan murid-murid sekolah ini dapat menimba pengalaman yang sangat bermakna dalam kehidupan mereka.

Friday, October 6, 2023

PROGRAM CSR OCBC BANK 2023

 


Program CSR OCBC Bank telah diadakan pada 6 Oktober 2023 (Jumaat) di SK Bukit Tampoi (A). Seramai 29 orang sukarelawan daripada OCBC Bank (Ibu Pejabat) Kuala Lumpur telah hadir untuk memberikan khidmat bakti kepada pihak sekolah.

Aktiviti yang telah dijalankan dalam program ini adalah seperti mengecat Bilik RBT, Bilik Akses, Bilik Komputer dan menanam pokok di sekitar kawasan sekolah. Selain daripada itu, mereka turut menyampaikan ceramah berkaitan simpanan wang ke dalam bank kepada semua murid.

Selain daripada itu, OCBC Bank juga turut menyumbangkan goodie bags kepada semua murid dan guru serta t-shirt percuma kepada semua warga sekolah. Terima kasih kepada OCBC Bank kerana telah memilih SK Bukit Tampoi (A) sebagai tempat untuk menjalankan Program CSR. Kami sangat bertuah kerana menerima limpahan sumbangan yang diberikan kepada warga sekolah.

Semoga dengan sumbangan ini akan dapat menceriakan semula sekolah dan dapat menarik kehadiran murid ke sekolah di samping dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Kami sangat mengharapkan sumbangan daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO), syarikat korporat, yayasan dan mana-mana individu untuk menyumbang kepada SK Bukit Tampoi (A). Harapan kami agar sekolah lebih ceria dan makmur dengan sumbangan daripada kalian semua.


Goodie Bags untuk semua murid


Ceramah Wang Simpanan


Aktiviti Menanam Pokok


Aktiviti Mengecat



Sumbangan kepada semua guru dan staf


Saturday, October 19, 2019

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSAMA CIGNA MALAYSIA


Program Gotong-royong Bersama Cigna Malaysia telah diadakan pada 19 Oktober 2019 (Sabtu) dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Ini adalah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Cigna Malaysia. Yayasan MyKasih pula merupakan pihak yang bertangungjawab merealisasikan program dilaksanakan.

Seramai 17 orang sukarelawan daripada Cigna Malaysia dan 1 orang wakil daripada Yayasan MyKasih iaitu En. Mohd Adzil. Pihak sekolah turut menyertai gotong-royong ini dengan kekuatan 15 orang guru.  

Fokus utama gotong-royong ini adalah untuk mengindahkan lanskap sekolah dengan menanam poko-pokok bunga, mengecat mural dan menabur baja di batas-batas sayur yang telah disediakan. Terima kasih kepada Cigna Malaysia kerana telah sudi menaja semua keperluan program ini.

Dengan jalinan kerjasama ini, persekitaran sekolah akan menjadi lebih ceria dan selesa di samping dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Dalam masa yang sama, pihak penyumbang juga turut dapat membantu meningkatkan prestasi sekolah.