Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, May 12, 2016

PERBINCANGAN PROFESIONAL BERSAMA PENSYARAH ELTC

Program 1M4U yang bakal berlangsung di SK Bukit Tampoi (Asli) pada 25 Mei 2016 ini turut disertai oleh 10 orang pensyarah dari English Language Teaching Centre (ELTC) yang terletak di Bandar Enstek, Nilai. Mereka diundang oleh Puspanita KPM untuk mengendalikan aktiviti Fun Learning yang akan berlangsung pada hari tersebut. 

Kedatangan mereka pada hari ini adalah untuk membincangkan dengan pihak pengurusan sekolah dan beberapa orang guru cara aktiviti ini bakal dijalankan. Di samping itu juga mereka dapat bersuai kenal dengan guru-guru Bahasa Inggeris dan para pentadbir sekolah. Mereka yang datang ialah Pn. Hjh. Kamariah binti Hj. Samsudin dan Pn. Ezatul Hanizam binti Mohd. Fauzi.


PRA GOTONG-ROYONG PROGRAM 1M4U 2016

Sempena pelaksanaan Program 1M4U yang di selaraskan oleh Puspanita KPM dengan kerjasama SK Bukit Tampoi (A), guru-guru penolong kanannya telah mengambil inisiatif untuk melukis tapak perhimpunan dengan kotak-kotak garisan bagi memudahkan murid semasa beratur. Terima kasih kepada En. Azman Shah bin Mohd. Yunus (GPK Pentadbiran), Pn. Noor Adida Tun Salwa binti Omar (GPK HEM) dan En. Mohd. Fadzli bin Mansor (GPK Kokurikulum).

Monday, May 9, 2016

OPERASI BURUNG HANTU 2016

Operasi Burung Hantu merupakan operasi penyeliaan kepada pengawal keselamatan syarikat keselamatan bagi semua sekolah di daerah Sepang. Pada kali ini, operasi telah dijalankan pada 8 Mei 2016 (Ahad) jam 9.30 malam di semua sekolah daerah Sepang secara serentak. Operasi yang dilakukan oleh semua Guru Penolong Kanan yang diketuai oleh Guru Besar telah hadir ke sekolah bagi memantau semua terma-terma perjanjian konsesi dipatuhi oleh syarikat keselamatan terbabit.

Selain daripada itu, semua pentadbir telah memantau buku rekod keselamatan, jadual bertugas, melakukan clocking, meronda kawasan sekolah bersama-sama pengawal keselamatan yang bertugas. Segala aspek keselamatan yang melibatkan harta benda sekolah telah berjaya dipantau dan ditulis dalam laporan pemantauan keselamatan Operasi Burung Hantu 2016. Laporan tersebut telah dihantar kepada wakil PPD Sepang yang turut hadir melakukan pemantauan tersebut.

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM IM4U 2016

Mesyuarat Penyelarasan Program IM4U telah berlangsung di Pusat Sumber, SK Bukit Tampoi (Asli) pada 5 Mei 2016 jam 2.30 petang. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Puspanita Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), wakil PPD Sepang, Guru Besar, para pentadbir dan beberapa orang guru SK Bukit Tampoi (Asli). 

Agenda mesyuarat ini adalah untuk membincangkan persediaan pihak sekolah berkaitan proses menaik taraf pusat sumber dan bilik Pendidikan Islam. Ini merupakan program kemasyarakatan warga KPM dengan warga sekolah dan komuniti setempat yang diselaraskan oleh Puspanita KPM.

Acara kemuncaknya akan diadakan pada 25 Mei 2016 (Rabu) yang akan disempurnakan oleh Datin Seri Noraini bt. Abdullah, isteri Menteri Pendidikan Malaysia. Justeru itu, kami telah menjemput seramai 530 orang tetamu untuk memeriahkan majlis. Antara yang dijemput adalah ahli-ahli jawatankuasa Puspanita KPM, pegawai JPN Selangor dan PPD Sepang, Guru Muda 1 Malaysia (GM1M), pegawai Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA), Tok-tok Batin, Pensyarah ELTC, Pegawai Kesihatan PKD Sepang, guru-guru, ibu bapa-ibu bapa dan murid-murid SK Bukit Tampoi (Asli).

Terdapat beberapa aktiviti-aktiviti yang dirancang seperti senamrobik, fun learning, ceramah keibubapaan, rawatan kesihatan, gotong-royong pusat sumber dan bilik Pendidikan Islam. Acara kemuncak pada hari tersebut adalah acara perasmian oleh VVIP dan upacara menyampaikan hadiah.