Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, July 1, 2016

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2016


Program Ihya' Ramadhan SK Bukit Tampoi (Asli) telah ditutup secara rasminya pada hari Jumaat (1/7/2016) iaitu hari terakhir persekolahan sebelum mula bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Cuti hari raya pada tahun ini adalah selama 9 hari bermula Sabtu (2/7/2016 hingga 10/7/2016). Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin (11/7/2016).


Majlis Penutupan Program Ihya' Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam ini telah disempurnakan oleh En. Mohd. Rahman bin Rabingan (Guru Besar, SK Bukit Tampoi (Asli)). Pada majlis tersebut, murid-murid Orang Asli yang beragama Islam telah diraikan dengan pemberian kuih raya dan duit raya. Manakala bagi murid-murid lain, mereka turut diberikan duit raya juga.Sumbangan kuih raya adalah daripada pengusaha kantin sekolah manakala sumbangan duit raya adalah daripada guru-guru dan staf sokongan sekolah. 


Acara terakhir dalam majlis tersebut adalah upacara bersalaman di antara semua murid dan guru serta kakitangan sekolah. Pada kesempatan ini, saya mewakili warga SK Bukit Tampoi (Asli) menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika ada tulisan saya yang mengguris hati mana-mana pihak secara sengaja atau tidak sengaja harap diampunkan.

Monday, June 27, 2016

IKATAN KASIH RAMADHAN 7


Ikatan Kasih Ramadhan (IKRAM) merupakan program untuk mengumpul dan dan menguruskannya dengan menyantuni dan memberi sumbangan kewangan, pakaian dan kelengkapan hari raya serta aktiviti dakwah kepada murid-murid daerah Sepang dalam kalangan murid-murid Orang Asli yang beragama Islam dan murid-murid Muallaf. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat PEKDIS Cawangan Selangor dengan kerjasama PPD Sepang. Program dijalankan di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA dari 28 hingga 30 Jun 2016. SK Bukit Tampoi (Asli) telah menghantar seramai 27 orang murid Islam dan 3 orang guru pengiring.

PEMANTAUAN KURIKULUM JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR 2016


Pemantauan Kurikulum telah dilakukan pada 27 Jun 2016 (Isnin) di SK Bukit Tampoi (Asli) oleh pegawai-pegawai daripada Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Selangor. Turut hadir ialah seorang pegawai daripada PPD Sepang iaitu En. Mohd. Faizal bin Husin. Mereka hadir adalah rentetan daripada dapatan Jemaah Nazir pada tahun 2015. 

Pemantauan dijalankan dengan meneliti fail-fail panitia sekolah. Selain daripada itu, beberapa orang pegawai turut membuat pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru di kelas masing-masing. Turut dipantau adalah bilik-bilik khas seperti Makmal Sains dan Bengkel RBT.

Selesai pemantauan, semua pegawai JPS dan PPD, para pentadbir dan semua ketua panitia mengadakan perjumpaan bagi membincangkan hasil dapatan serta rumusan pemantauan yang telah dilakukan. Segala hasil dapatan telah diserahkan kepada Guru Besar SK Bukit Tampoi (Asli) sebagai bukti pemantauan telah dijalankan.

PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH KEHADIRAN PENUH

Kelas 6 Siantan
(Kehadiran melebihi 85%)

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menyampaikan hadiah dan sijil penghargaan kepada murid-murid yang memiliki kehadiran penuh individu dan kelas yang memiliki 85 peratus kehadiran sehingga Jun 2016. Tujuan diwujudkan anugerah ini adalah sebagai motivasi kepada murid-murid supaya hadir ke sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.

Murid
(Kehadiran Penuh 100%)