Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, September 4, 2016

PROGRAM MINI ASRAMA DAN RESTU ILMU 2016


Program Mini Asrama adalah sebuah program khusus bagi sekolah Orang Asli bagi memastikan murid datang ke sekolah terutamanya menjelang peperiksaan penting seperti UPSR. Mereka akan ditempatkan di sekolah selama tempoh peperiksaan berlangsung.


Pada tahun ini, seramai 21 orang murid Tahun 6 telah dipilih untuk program tersebut. Pendaftaran adalah pada hari Ahad (4 September 2016). Bersempena dengan program tersebut, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Restu Ilmu yang turut dijalankan pada hari yang sama. Majlis ini dijalankan sejurus majlis perasmian Program Mini Asrama.


Majlis perasmian Program Mini Asrama telah disempurnakan oleh Ongen Anak Chinak @ Osman bin Abdullah (Batin KOA Kolam Air Bangkung). Turut hadir bersama beliau ialah Riduan Sia bin Abdullah (Pengerusi JKKK Batu 28, Jenderam Hilir dan Bukit Jenuk). Bersama-sama di dalam majlis tersebut adalah guru besar, guru penolong kanan, guru-guru dan para ibu bapa dan penjaga murid Tahun 6 SK Bukit Tampoi (A).


Dalam majlis tersebut, Tok Batin turut menyampaikan sumbangan daripada YB Tuan Shahrom bin Dato' Sharif (ADUN Dengkil) yang berupa satu set alat tulis kepada semua murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Malangnya Yang Berhormat Tuan Shahrom tidak dapat hadir kerana urusan peribadi.

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM SIRI 2 TAHUN 2016

Majlis Perpisahan bagi menghargai jasa baik dua orang guru praktikum daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bangi iaitu En. Saiful dan En. Rafifuddin. Mereka telah menjalani sesi praktikum selama dua bulan di sekolah bermula selepas cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas sehingga 2 September 2016. Mereka telah dibimbing oleh Ustaz Anwar bin Salleh sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini. 
Sepanjang berada di sini, mereka telah banyak membantu pentadbir dan guru-guru dalam mengawal disiplin murid semasa perhimpunan, membantu mempersiapkan peralatan siaraya setiap kali diadakan program sekolah dan mengecat nama sekolah di dinding bilik guru berhadapan tapak perhimpunan.
Bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka ketika berada di sekolah ini, guru pembimbing bagi mereka iaitu Ustaz Anwar telah bermurah hati untuk menyediakan sedikit jamuan ringkas sempena majlis perpisahan mereka. Semoga pengalaman mereka selama berada di SK Bukit Tampoi (A) memberi pengajaran dan pengalaman yang berharga kerana dapat berdampingan dengan Orang Asli di sini. Di harapkan agar mereka akan menjadik seorang guru yang cemerlang dalam membangunkan modal insan yang gemilang.