Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, October 16, 2017

KARNIVAL TUNAS MINI OLIMPIK PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017


Karnival Tunas Mini Olimpik (KATMO) peringkat negeri Selangor telah diadakan pada 11 Oktober 2017 (Rabu) di Sabak Bernam. SK Bukit Tampopi (A) telah menghantar sepasukan sepak takraw bawah 11 untuk pertandingan timang-timang bola. 

Mereka terdiri daripada Razanim, Ijasrul dan Jonathan yang diiringi oleh En. Farid Anwar (GPK Kokurikulum). Keputusannya agak mendukacitakan kerana pasukan kita tewas di peringkat kumpulan. 

Walau bagaimanapun, kita masih mempunyai banyak masa kerana pasukan yang dihantar ini terdiri daripada murid-murid 11 tahun. Tahun hadapan mereka masih berpeluang untuk menyertai pertandingan lain pula. Semoga pasukan kita akan lebih mantap dan kuat untuk saingan yang akan datang.

Sunday, October 15, 2017

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017


Pasukan Olahraga


Pasukan Bola Baling


Pasukan Sepak Takraw

Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Orang Asli Peringkat Negeri Selangor telah dijalankan pada 10 dan 11 Oktober 2017 di daerah Klang. SK Bukit Tampoi (A) telah menyertai 3 permainan iaitu sepak takraw, bola baling dan olahraga. Pasukan sepak takraw telah menghantar 2 pasukan manakala pasukan bola baling telah menghantar 1 pasukan perempuan dan pasukan olahraga telah menghantar 11 orang atlet.

Venue perlawanan pasukan sepak takraw adalah di Dewan Serbaguna Teluk Pulai manakala pasukan bola baling telah ditempatkan di SK Taman Gembira. Setalah berlawan dengan bersungguh-sungguh pasukan sepak takraw telah berjaya mendapat 1 gangsa manakala pasukan bola baling mendapat tempat ke-4.

Tahun ini pasukan olahraga telah berjaya dengan cemerlang kerana telah berjaya merangkul 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa. Pingat emas yang dimenangi ialah dalam acara lompat tinggi lelaki, lompat jauh lelaki dan lontar peluru perempuan. 1 pingat perak telah diperoleh dalam acara larian 200m perempuan.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan dan atlet yang telah menunjukkan bakat yang cemerlang dalam bidang sukan masing-masing. Diharapkan mereka akan menjadi contoh dan ikon kepada murid-murid lain sebagai inspirasi untuk kejayaan yang akan datang.









SEMINAR AMALAN TERBAIK SEKOLAH ASLI PERINGKAT KEBANGSAAN 2017



Seminar Amalan Terbaik Sekolah Asli Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2017 telah diadakan pada 3 hingga 5 Oktober 2017 di Kuala Lumpur International Hotel. SK Bukit Tampoi (A) dan SK Sungai Melut (A) telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor dalam seminar tersebut.

Pada tahun ini negeri Selangor telah diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai tuan rumah. Guru Besar SK Bukit Tampoi (A) telah mewakili sekolah untuk membentangkan Pengurusan Sekolah Terbaik manakala Guru Besar SK Sungai Melut (A) telah membentangkan Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti dan Pengurusan Program KEDAP Terbaik.

Keputusannya, Selangor telah memenangi dua hadiah iaitu Pengurusan Ibu Bapa dan Komuniti dan Pengurusan Program KEDAP Terbaik. Tahniah diucapkan kepada negeri Selangor kerana telah berjaya menganjurkan seminar ini dan SK Sungai Melut (A) yang telah berjaya dalam pembentangan. Hadiah telah disampaikan oleh Dato' Haji Ahmad Tajudin bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia.





Thursday, October 5, 2017

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN SIRI 2 TAHUN 2017


Program Latihan Kebakaran Siri 2 bagi tahun 2017 telah diadakan pada hari ini 5 Oktober 2017 (Khamis) di SK Bukit Tampoi (A). Sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dengan kekuatan seramai enam orang anggota telah datang dan bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menjayakan program ini. 

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan dan latihan untuk menghadapi kecemasan seperti kebakaran. Selain daripada itu, murid-murid juga diberikan penerangan tentang langkah-langkah menyelamatkan diri dan cara-cara memadamkan kebakaran.

Beberapa orang guru dan murid telah dipilih secara rawak untuk mengendalikan alat pemadam api dan cara penggunaan yang betul. Kemudian, murid-murid dibenarkan melihat dan menaiki jentera bomba dengan pengawasan pegawai bomba.

Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya kerana sudi memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan Progam Latihan Kebakaran Siri 2 SK bukit Tampoi (A). Pengalaman ini akan kami gunakan semasa pelu kelak.



Murid berkumpul di padang



Taklimat oleh Penyelaras


Taklimat oleh Pegawai Bomba



Pegawai Bomba Zainudin



Ahli-ahli Bomba


Pemakaian pakaian keselamatan



Wakil murid


Wakil guru lelaki


Wakil guru perempuan


Cara pemadaman api

Sunday, October 1, 2017

MESYUARAT PIBG BILANGAN 2 TAHUN 2017


Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali kedua telah diadakan pada 30 September 2017 (Sabtu) bertempat di Pusat Sumber, SK Bukit Tampoi (A). Turut hadir adalah GPK Hal Ehwal Murid dan GPK Kokurikulum. Mesyuarat telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi.