Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Monday, January 28, 2019

MAJLIS PELANTIKAN LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH TAHUN 2019


Majlis Pelantikan Lembaga Pengawas Sekolah Tahun 2019 telah diadakan pada 28 Januari 2019 (Isnin) semasa perhimpunan rasmi sekolah. Pada tahun ini, seramai 18 orang pengawas telah dilantik untuk membantu Penyelaras Guru Disiplin untuk mengawal disiplin sekolah agar berada di ddalam keadaam selamat dan terkawal.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pn. Siti Saadah Binti Mukrim (Guru Besar). Pada tahun ini, Lembaga Pengawas akan diketuai oleh adik Katherina A/P Zaberi dan dibantu oleh adik Ameilyn Binti Arbain.

Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah dilantik. Semoga dengan pelantikan ini mereka dapat memikul amanah yang diberikan dengan penuh integriti, jujur dan bertanggungjawab.








Sunday, January 20, 2019

CUTI PERAYAAN THAIPUSAM 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti selama 1 hari seperti butiran di bawah ini : -

Tarikh : 21 Januari 2019
Hari : Isnin
Jenis Cuti : Perayaan Thaipusam

Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 22 Januari 2019 (Selasa). Sekian, harap maklum.

Sunday, January 13, 2019

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2019


Kejohanan Merentas Desa SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 11 Januari 2019 (Jumaat) bertempat di KOA Bukit Tampoi dan KOA Kolam Air Bangkung. Larian sejauh 4 kilometer itu telah disertai oleh seramai 100 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6.

Sebelum acara larian dimulakan, para peserta telah mengikuti aktiviti senamrobik bagi memanaskan badan. Sejurus selepas senamrobik murid dibawa ke tempat permulaan. Guru Besar telah sudi untuk melepaskan para peserta larian pada tahun ini. Terdapat dua kategori peserta larian iaitu larian terbuka lelaki dan larian terbuka perempuan.

Seramai 15 orang peserta terawal teah memenangi acara masing-masing. Manakala seramai 4 orang pemenang akan mewakili sekolah untuk Kejohanan Merentas Desa Peringkat PPD Sepang yang akan diadakan di SMK Sungai Rawang, Sungai Pelek. Hadiah telah disampaikan oleh En. Ilam bin Senin, YDP PIBG SK Bukit Tampoi (A).
















Thursday, January 10, 2019

MAKLUMAN KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Merentas Desa akan diadakan seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 11 Januari 2019 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat : SK Bukit Tampoi (A), KOA Bukit Tampoi dan KOA Kolam Air Bangkong

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memaklumkan kepada pihak tuan tentang kejohanan tersebut.

Sekina, terima kasih.

Tuesday, December 4, 2018

PENGAMBILAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH 2018


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2018 telah diumumkan pada 29 November 2018 (Khamis) di SK Bukit Tampoi (A). Suatu majlis penyerahan keputusan UPSR, Pentaksiran Psikometrik, Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan sijil berhenti sekolah telah dibuat pada tarikh yang sama. Pada majlis tersebut Pn. Siti Saadah binti Mukrim (Guru Besar SKBTA) telah menyampaikan amanat beliau kepada semua murid Tahun 6 yang hadir.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil daripada PPD Sepang, YDP PIBG, GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, Setiausaha UPSR dan guru-guru Tahun 6. Keputusan keseluruhan pada tahun ini sedikit menurun tetapi ada peningkatan bagi beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.

Tahniah kepada calon yang berjaya dan jangan berputus asa bagi yang belum menguasai tahap minimum. Ini baru permulaan bagi suatu perjalanan yang masih jauh. Masih ada masa untuk memperbaiki kelemahan pada masa akan datang. Teruskan usaha dan perjuangan di peringkat sekolah menengah pula. Semoga masa depan anda semua berjaya mengejar cita-cita masing-masing.