Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Thursday, November 23, 2023

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2023

 

Sambutan Hari Kanak-kanak SK Bukit Tampoi (A) telah diadakan pada 21 November 2023 (Isnin). Pada tahun ini sambutan tersebut disambut secara sederhana kerana tiada penaja yang sudi menaja sambutan tersebut. Dengan dana sumbangan daripada PIBG SK Bukit Tampoi (A) hanya mampu untuk mendapatkan nasi dan ayam goreng sahaja.

Walau bagaimanapun, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Sekurang-kurangnya murid-murid kami dapat juga berasa diraikan pada hari tersebut. Terima kasih di atas sumbangan PIBG yang sudi memberikan dana walaupun mempunyai dana yang sedikit pada tahun ini.

Kepada dermawan yang ingin menyumbang, boleh berhubung dengan pihak sekolah melalui nombor seperti yang tertera di laman blog ini. Semoga anak-anak kami mendapat penajaan pada tahun hadapan.

Thursday, November 16, 2023

SUMBANGAN BEG SEKOLAH YAYASAN MAHA KARUNA TAHUN 2023

 

SK Bukit Tampoi (A) telah menerima sumbangan beg sekolah oleh Yayasan Maha Karuna di bawah Program Educare. Pada tahun ini, pihak sekolah telah menerima sebanyak 50 buah beg sekolah untuk kegunaan anak-anak SK Bukit Tampoi (A) pada tahun hadapan.

Senarai 50 orang murid yang menerima sumbangan tersebut telah disaring pada peringkat sekolah terlebih dahulu agar memberi peluang kepada semua murid untuk mendapatkan bantuan pakaian sekolah. Pihak sekolah akan berusaha untuk mendapatkan sumbangan pakaian sekolah untuk semua murid agar mereka hadir dan meneruskan persekolahan mereka.

Terima kasih kepada Yayasan Maha Karuna kerana sudi meneruskan Program Educare di SK Bukit Tampoi (A) pada tahun ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun yang akan datang supaya kemenjadian murid dapat dibentuk untuk menjadi "Anak Baik Lagi Cerdik" di sekolah ini. Kepada mereka yang ingin menyumbang, boleh merujuk laman web rasmi sekolah ini untuk sebarang pertanyaan.

Monday, November 6, 2023

JEMPUTAN UNTUK MENYAKSIKAN PERTANDINGAN MALAYSIA CHEM-E CAR TAHUN 2023

SK Bukit Tampoi (A) telah menerima jemputan untuk menyaksikan pertandingan Malaysia Chem-E Car tahun 2023 di UiTM Shah Alam. Pertandingan ini merupakan pertandingan peringkat antarabangsa di antara universiti-universiti seluruh Asia Tenggara. Ia telah dianjurkan oleh The Institutions Of Enginering Malaysia (IEM). Sebanyak 19 buah universiti yang telah mengambil bahagaian dala pertandingan tersebut.

Seramai 4 orang murid Tahun 5 telah dipilih untuk hadir bersama 1 orang guru pengiring untuk menyaksikan pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut adalah pertandingan merekacipta kenderaan yang menggunakan hanya tenaga kimia untuk menggerakkan kenderaan tersebut dan menyasarkan bola yang berada di tengah gelanggang sama ada masuk gol atau menjatuhkan pin.

Walaupun, buka semua peserta dapat menggerakkan kenderaan masing-masing. Ia adalah satu cabaran yang besar untuk menggerakkan dan memberhentikan kenderaan pada jarak tertentu. Semoga pertandingan ini dapat memberikan inspirasi kepada murid-murid untuk meminati bidang STEM kelak.

Seterusnya kami, dibawa melawat ke makmal untuk melihat para peserta membuat persediaan pasukan masing-masing. Di sana, setiap pasukan bertungkus-lumus untuk memastikan kenderaan yang dibina dapat berfungsi dengan baik dan menepati syarat yang telah ditetapkan penganjur. Kemudian, kami turut dibawa ke kelas di mana para penuntut UiTM belajar serta bilik kuliah yang boleg menempatkan seraamai 300 orang dalam satu-satu masa.

Terima kasih diucapkan kepada pihak IEM kerana sudi menjemput kami menyaksikan pertandingan tersebut. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada UiTM kerana sudi menerima kunjungan kami ke sana. Semoga satu hari nanti ada murid-murid sekolah ini yang berjaya menjejakkan kami ke UiTM.

PROGRAM STEM BERSAMA UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR) TAHUN 2023


Program STEM telah berjaya diadakan di SK Bukit Tampoi (A) pada 3 Oktober 2023 (Jumaat) dengan kerjasama di antara Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Seramai 10 orang penuntut daripada UTAR telah melibatkan diri bersama-sama dengan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Bukit Tampoi (A).

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Murid-murid sangat gembira dengan pelaksanaan program ini kerana mereka dapat melaksanakan program ini dengan bimbingan daripada penuntut UTAR. Di samping itu, program ini turut memupuk minat murid untuk mendalami ilmu Sains, Matematik dan Teknologi.

Terima kasih kepada penuntut-penuntut daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kerana sudi menjalinkan kerjasama dengan Unit Kurikulum, SK Bukit Tampoi (A) dalam menjayakan program STEM ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.