Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Friday, April 8, 2022

PROGRAM ZIARAH CAKNA 2.0 TAHUN 2022

 

Program Ziarah Cakna 2.0 diteruskan lagi ke KOA Bukit Bangkong. Sasaran adalah 5 orang murid yang tidak hadir tegar. Kunjungan yang dilakukan oleh Guru Besar bersama GPK Hal Ehwal Murid bertujuan untuk bertanya khabar dan mengenal pasti ketidakhadiran murid ke sekolah berlanjutan.

Maklum balas yang diperoleh daripada kunjungan ini adalah murid gemar bermain permainan video pada telefon bimbit, masalah keluarga dan masalah kesihatan. Murid-murid yang terlibat telah berjanji untuk hadir ke sekolah pada minggu hadapan.

Jika murid tersebut tidak hadir ke sekolah, pihak sekolah akan mengunjungi mereka semula bagi memastikan murid-murid ini kembali semula ke sekolah dan belajar seperti biasa. Semoga usaha pihak sekolah ini berhasil memujuk mereka kembali ke sekolah.

PROGRAM BIJAK SUKU KATA 2.0

 

PROGRAM IHYA' RAMADAN 2022

Program Ihya' Ramadan diteruskan lagi pada tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah. Program khusus sempena bulan puasa diadakan bagi mengisi kekosongan ruang khususnya pada waktu rehat dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang bertemakan Islam.

Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Arab telah bergabung tenaga untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti tadarus al-Quran, zikir, hafazan "Mencari Jalan Ke Masjid" dan khatam al-Quran. Manakala pertandingan yang dianjurkan adalah seperti pertandingan mewarna dan tulisan jawi.

Semoga dengan aktiviti dan pertandingan yang diadakan dapat mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini sebagai nilai tambah kepada amalan berpuasa bagi umat Islam. Selamat menyambut bulan Ramadan Al-Kareem.

Wednesday, March 23, 2022

MESYUARAT PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA KOKURIKULUM SESI 2022/2023

 


WAKTU AKTIVITI KOKURIKULUM SK BUKIT TAMPOI (A) TAHUN 2022/2023

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga murid SK Bukit Tampoi (A). Aktiviti kokurikulum bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan dijalankan seperti ketetapan berikut : -

Tarikh : 11 Mei 2022 (Rabu)
Masa : 1.00 - 3.00 petang
Hari : Setiap hari Rabu

Diharapkan agar ibu bapa dan penjaga dapat mengatur pengangkutan anak masing-masing untuk mengikuti aktiviti kokurikulum pada tahun ini. Sekian, harap maklum.

Saya yang menjalankan amanah,

Guru Besar
SK Bukit Tampoi (A)