Bulan Kemerdekaan yang telah dijalankan pada sepanjang bulan Ogos dan September tahun ini dengan jayanya. Sebagai penutup kepada Program Bulan Kemerdekaan ini, satu Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 30 September 2019 (Isnin). Majlis ini telah disempurnakan oleh En. Farid Anwar Bin Shaari (GPK Kokurikulum).
Pada majlis tersebut, para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dijalankan sepanjang program tersebut telah diberikan hadiah mengikut kategori masing-masing. Pertandingan yang telah diadakan adalah seperti pertandingan mewarna, melukis poster dan karaoke.
Tahniah diucapkan kepada Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan panitia-panitia yang terlibat dalam menganjurkan semua pertandingan. Semoga pertandingan seperti ini dapat menanamkan nilai patriotik ke dalam diri murid-murid semua.