Selamat Datang Ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (A)

Sunday, March 31, 2024

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 1 SESI 2024/2025

 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi Tahun 1 telah diserahkan kepada ibu bapa murid Tahun 1 Melur pada 22 Mac 2024 (Jumaat). Bantuan yang berjumlah RM150 seorang ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam mempersiapkan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah. 

Akan tetapi hanya 18 daripada 27 murid yang telah berdaftar dengan sekolah telah dipanggil untuk menerima BAP pada tarikh tersebut. 9 orang murid lain dikategorikan sebagai murid cicir yang akan diberikan Bantuan Awal Persekolahan pada tarikh yang akan diberitahu kelak. 

Diharapkan dengan bantuan ini, dapat meringankan beban kewangan ibu bapa dan menggunakan wang tersebut untuk kelengkapan anak-anak ke sekolah. 
 


PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 SESI 2024/2025


Program Transisi Tahun 1 adalah program yang wajib dijalankan buat semua murid Tahun 1 yang baru memasuki sesi persekolahan arus perdana. Seramai 21 orang yang terdiri daripada 12 murid lelaki dan 9 murid perempuan telah mendaftar sebagai murid Tahun 1 di SK Bukit Tampoi (A) bagi sesi 2024/2025. 

Program Transisi ini akan berlangsung selama 4 minggu dan dibahagikan kepada 2 fasa iaitu: -

  • Fasa Penyesuaian -2 minggu 
  • Fasa Kesediaan - 2 minggu
Dalam program ini, murid-murid diberikan penerangan tentang maklumat sekolah seperti nama sekolah, bilik darjah, bilik-bilik khas, guru-guru dan mengenali rakan sekelas. Murid-murid juga dibiasakan dengan aktiviti rutin sekolah seperti waktu rehat dan waktu pulang dengan mematuhi peraturan sekolah.

Murid-muirid turut diajar tatacara perhimpunan dan nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang akan dinyanyikan setiap kali perhimpunan diadakan. 

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program transisi bagi mengingkatkan minat dan mengasah kemahiran psikomotor mereka. Diharap program ini dapat memberi impak dalam diri murid-murid.

HARI ORIENTASI TAHUN 1 & PRASEKOLAH, SESI 2024/2025

 


Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah bagi sesi 2024/2025 telah diadakan pada 8 Mac 2024 (Jumaat). Ibu bapa bagi murid Tahun 1 dan Prasekolah telah hadir bagi mendengar taklimat daripada pihak pengurusan sekolah berkaitan dengan sesi persekolahan yang akan berlangsung sepanjang tahun 2024. 

Ibu bapa juga turut memberikan kerjasama dengan melengkapkan borang dan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pendaftaran murid dan beberapa borang seperti APDM, kad gigi, Borang PB1 (Bantuan) dan lain-lain.

Murid-murid telah ditempatkan di dalam kelas 1 Melur dan Prasekolah bagi memperkenalkan mereka dengan persekitaran bilik darjah dan berkenalan dengan rakan-rakan sekelas. Sepanjang di kelas, murid melakukan beberapa aktiviti dan melengkapkan lembaran kerja mudah yang diberikan dengan bimbingan dari guru.  

Program ini telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada pukul 11 pagi. Semoga anak-anak bersemangat untuk ke sekolah dan menimba ilmu yang diberikan. 















Monday, March 11, 2024

MINGGU PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024/2025

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga warga SK Bukit Tampoi (A). Sesi persekolahan 2024/2025 telah bermula pada 11 Mac 2024 (Isnin). KPM telah mengarahkan agar tiada pengajaran dan pembelajaran pada minggu pertama persekolahan. Aktiviti PdPC akan digantikan dengan Minggu Pengurusan Sekolah di mana pelbagai aktiviti dan program menarik akan dijalankan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

Prasekolah - Ceria Bersama Sekolahku

Tahun 1 - Program Transisi Tahun 1 (4 minggu)

Tahun 2 & 3 - Program Selamat Kembali Ke Sekolah

Tahun 4, 5 & 6 - Program Transformasi Diri (PMD) 

Perincian berkaitan program dan aktiviti di atas akan diberikan oleh guru kelas masing-masing. Justeru itu, murid-murid tidak perlu membawa buku teks atau buku latihan cuma mereka perlu membawa alat tulis dan peralatan mewarna sahaja. Sekian, harap maklum.

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

1. Program Transisi Tahun 1

2. Program Selamat Kembali Ke Sekolah

3. Program Transformasi Diri (PMD)

PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2024/2025